PERUTUSAN PENGARAH
Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI.
Selamat datang ke laman web Hospital Tunku Azizah.
Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan tuan/puan ke laman web rasmi Hospital Tunku Azizah. Untuk makluman, hospital ini dibangunkan dengan tujuan mewujudkan sebuah hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak. Misi penubuhan hospital adalah untuk memacu perkhidmatan kesihatan wanita dan kanak-kanak di Malaysia secara holistik ,inovatif dan strategik, dengan kerjasama semua kepakaran demi kelestarian kualiti penjagaan, latihan dan penyelidikan bertaraf dunia Di Hospital Tunku Azizah, kami mempunyai pasukan profesional yang berdedikasi dan berpengalaman dalam pelbagai bidang perubatan Pediatrik dan Obstetrik dan Ginekologi, Semua perkhidmatan ini disediakan dalam suasana yang selesa dan mesra demi kesejahteraan dan kepuasan pesakit.
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan keperluan masyarakat, pihak hospital kini menyediakan perkhidmatan laman web untuk masyarakat mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan kami, kemudahan yang disediakan, dan aktiviti yang dijalankan diperingkat hospital dihujung jari.Selain itu, melalui laman web ini juga membolehkan masyarakat menghubungi hospital dengan lebih efisien. Sebarang maklumbalas dari pihak tuan/puan seperti pertanyaan dan permohonan akan boleh diberikan melalui laman web ini.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih Hospital Tunku Azizah sebagai fasiliti kesihatan anda. Kami berbesar hati untuk melayani anda dan berkomitmen untuk memberikan penjagaan yang berkualiti dan berkesan.
Sekian dan salam hormat.