PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berlandaskan ciri-ciri khidmat penyayang, profesional dan kerja berpasukan serta sedia membantu:

1. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang mesra, selamat, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, ikhlas dan berkualiti;

2. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sebaik mungkin dan adil tanpa mengira umur, agama, bangsa atau taraf sosio-ekonomi;

3. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna;

4. Penerangan dan maklumat yang jelas berkenaan penyakit, prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko serta lain-lain pilihan rawatan dan bayaran yang dikenakan;

5. Memastikan segala maklumat dan perawatan pesakit adalah sulit dan dirahsiakan. Maklumat mengenai pesakit hanya boleh diberi tahu kepada pihak tertentu dengan keizinan dan tertakluk kepada undang-undang.

Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah dikehendaki untuk:

1. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan;

2. Bekerjasama dengan warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda;

3. Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab;

4. Menepati janji;

5. Mematuhi pelan rawatan yang diberi;

6. Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan.

 

 

TELAH DIPERSETUJUI DALAM MTM BIL.36/2021

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas