DIETETIK DAN SAJIAN
PENGENALAN
Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Tunku Azizah (HTA) yang berlokasi di Aras 1, Hospital Tunku Azizah. JDS menawarkan dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan dietetik klinikal dan Perkhidmatan makanan.
MISI
Menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.
VISI
a) Perkhidmatan Dietetik
Memberi perkhidmatan dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini kearah peningkatan kualiti yang berterusan.
b) Perkhidmatan Makanan
Menyediakan makanan yang sihat , berkualiti dan selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi dan perkembangan teknologi terkini .
OBJEKTIF DAN FUNGSI
1) PERKHIDMATAN DIETETIK
Memberi perkhidmatan terapi pemakanan perubatan (medical nutrition therapy) dengan melaksanakan nutrition care process (NCP) serta promosi kesihatan untuk meningkatkan status pemakanan pesakit.
2) PERKHIDMATAN SAJIAN
Memantau prestasi kontraktor perkhidmatan makanan yang dilantik di HTA di samping memastikan hubungan kerjasama yang baik sentiasa terjalin di antara kontraktor dengan Kerajaan untuk menghasilkan perkhidmatan makanan yang berkualiti dengan mengutamakan perawatan, pemulihan dan kepuasa pelanggan sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa.
1) PERKHIDMATAN DIETETIK
Perkhidmatan dietetik klinikal diberikan oleh Pegawai Dietetik kepada pesakit berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan. Perkhidmatan dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah dalam proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) yang merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan. Skop perkhidmatan dietetik diberikan kepada pesakit dalam dan pesakit luar merangkumi khidmat nasihat pemakanan, modifikasi diet, sokongan pemakanan oral dan pemakanan melalui tiub mengikut kepakaran/disiplin seperti berikut:
- Kanak- kanak berkeperluan khas
- Inborn Error Metabolism
- Onkologi Pediatrik
- Pemindahan sum-sum tulang Pediatrik
- Neonatologi
- Kebakaran (Burn) Pediatrik
- Pembedahan Pediatrik (Am, Pergigian, Otorinolaringologi (ORL), Oftalmologi, Ortopedik
- Dermatologi Pediatrik
- Gastroenterologi Pediatrik
- Kardiologi Pediatrik
- Eating Disorder
- Nefrologi Pediatrik
- Obstetrik dan Ginekologi (O&G)
- Gine-onkologi
- Neurologi Pediatrik
- Pengurusan berat badan Pediatrik (kurang berat badan/obesiti)
- Respiratori Pediatrik
- Endokrin Pediatrik
a) Perkhidmatan dietetik klinikal pesakit dalam
Pesakit dalam yang memerlukan perkhidmatan dietetik akan dirujuk oleh pegawai Perubatan dan akan diberikan Medical Nurition Therapy oleh Pegawai Dietetik di setiap wad yang berkenaan pada hari bekerja . Pesakit akan diberikan preskripsi diet teraputik dan / atau sokongan produk enteral mengikut kesesuaian pesakit .
b) Perkhidmatan dietetik klinikal pesakit luar
i )Perkhidmatan kepada pesakit luar dijalankan mengikut jadual klinik yang telah ditetapkan pada hari bekerja sahaja .
ii) Perkhidmatan diberikan samada dalam bentuk pendidikan pemakanan individu atau berkumpulan.
iii) Pesakit Pediatrik diberi konsultasi bertempat di Klinik Diet, Klinik Pakar Pediatrik.
Pesakit O&G akan diberi konsultasi/pendidikan pemakanan bertempat di Klinik Diet/Bilik Seminar di Klinik Pakar O&G
2) PERKHIDMATAN MAKANAN
(PENJAGAAN KESIHATAN)
Pengurusan perkhidmatan makanan (penjagaan kesihatan) di HTA disediakan untuk pelanggan seperti pesakit dalam, pesakit rawatan harian, pengiring (MAC) dan anggota kesihatan mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini dilaksanakan secara Outsourcing di mana keseluruhan aktiviti penyediaan makanan disumberluarkan kepada syarikat yang dilantik oleh kerajaan dengan menjalankan kaedah penghidangan makanan secara berpusat (Centralized Plating System).
Aktiviti pemantauan dan penilaian terhadap penyediaan makanan dilaksanakan secara harian dan berkala oleh Pegawai Penyediaan Makanan dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan yang bertugas di Unit Perkhidmatan Makanan, Jabatan Dietetik dan Sajian, berdasarkan ketetapan di dalam garis panduan SOP Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Penjagaan Kesihatan) Secara Outsource KKM bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang disampaikan oleh syarikat adalah sentiasa seiring dengan peredaran masa, efisien dan berkesan serta menjamin aspek keselamatan makanan, penyediaan makanan yang sihat dan seimbang untuk membantu proses pemulihan pesakit.
Makanan akan dihidang kepada pesakit dan anggota hospital yang layak mengikut jadual berikut :
JENIS HIDANGAN
| WAKTU HIDANGAN
|
---|---|
SARAPAN | 7.00 pagi – 8.00 pagi |
MAKAN TENGAH HARI
| 12.00 tengah hari – 1.00 petang |
MINUM PETANG | 3.00 petang – 4.00 petang |
MAKAN MALAM | 6.30 petang – 7.30 petang |
HARI | WAKTU | KLINIK | TEMPAT | SAMBUNGAN |
---|---|---|---|---|
ISNIN | 9.00 pg – 1.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg 9.00 pg – 12.00 ptg | Klinik Diet Surgical | Klinik Diet, Klinik Pakar Pediatrik Pusat Perkembangan Kanak-kanak | 1173 2197/2198 2020 |
SELASA | 9.00 pg – 1.00 ptg | Klinik Diet Am Klinik Ketogenik Diet (3x/sebulan) | Klinik Diet, Klinik Pakar Pediatrik Bilik 45, Klinik Pakar Pediatrik | 2197/2198 1208 |
RABU | 9.00 pg – 1.00 ptg 9.00 pg – 12.00 ptg 10.30 pg -12.30 tghri |
Klinik Diet Onkologi Klinik Daycare Ceramah Pemakanan GDM/Fertiliti |
Klinik Diet, Klinik Pakar Pediatrik Unit Rawatan Harian Klinik Pakar O&G |
2197/2198 1002/1455 1044 |
KHAMIS | 9.00 pg – 1.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg | Klinik Diet Am | Klinik Diet, Klinik Pakar Pediatrik | 2197/2198
|
JUMAAT | 9.00 pg – 12.15 tghri | Klinik Diet Endokrin (1x/sebulan) | Bilik 45, Klinik Pakar Pediatrik | 1205 |
1) PERKHIDMATAN DIETETIK
Pesakit dalam yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja
2) PERKHIDMATAN MAKANAN
Makanan dihidang kepada pesakit mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan.