FARMASI DAN BEKALAN

PENGENALAN

Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu komponen utama perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Tunku Azizah (HTA). Jabatan Farmasi memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum bagi memenuhi keperluan semua pesakit serta menyokong objektif, visi dan misi HTA. 

LATAR BELAKANG

Jabatan Farmasi HTA telah mula beroperasi di Farmasi Klinik Pakar pada 25 Februari 2019. Jabatan ini telah beroperasi sepenuhnya di HTA mulai 3 September 2019.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang berkualiti dan dinamik untuk kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

MISI

Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik, secara profesional dan beramanah.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

Objektif dan fungsi Jabatan Farmasi adalah:

a) Memberikan perkhidmatan farmasi yang efektif dan fokus kepada pesakit.

b) Memberikan perkhidmatan farmasi klinikal selari dengan perkembangan penjagaan farmaseutikal terkini.

c) Memperbaiki kemahiran profesional melalui latihan yang bersesuaian dan program perkembangan profesional yang berterusan.

d) Melibatkan diri dalam aktiviti penambahbaikan kualiti yang berterusan.

e) Melibatkan diri dalam kajian yang berasaskan sains, klinikal dan pengurusan serta aktiviti penambahbaikan berkaitan dengan farmasi dan perkhidmatan hospital.

f) Menjalankan aktiviti perolehan, penyimpanan, pengagihan dan penghantaran ubat yang sistematik selari dengan peraturan dan Arahan Perbendaharaan terkini.

g) Menyediakan latihan kepada anggota farmasi pelatih dan pengamal perubatan yang lain.

h) Menyediakan persekitaran kerja yang harmoni, selesa dan selamat.

Image

Perkhidmatan:

1) Farmasi Klinik Pakar

2) Farmasi Kecemasan

3) Farmasi Pesakit Dalam

4) Perkhidmatan Maklumat Ubat

5) Farmasi Logistik

6) Pengeluaran Farmaseutikal IV Admikstur/ Bukan Steril

7) Rekonstitusi Ubat Sitotoksik

8) Perkhidmatan Farmakoterapi Klinikal

9) Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal

10) Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) – Pediatric Retroviral Disease (PRVD)

11) Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi

     i) Ubat Melalui Pos (UMP)

 Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) merupakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan melalui Poslaju ke lokasi  seluruh Malaysia dengan caj penghantaran ditanggung oleh pesakit. Pendaftaran boleh dilakukan dengan          menggunakan aplikasi MyUBAT. Ubat yang boleh dihantar dengan menggunakan servis UMP ialah ubat biji dan ubat    kapsul. Manakala ubat yang tidak boleh diposkan ialah ubat cecair, ubat rangkaian sejuk, Psikotropik dan Dadah           Berbahaya serta ubat aerosol inhaler.

     ii) Ubat Melalui Pihak Ketiga (UM3)

 Perkhidmatan Pembekalan Ubat Susulan Melalui Pihak Ketiga (UM3) ialah perkhidmatan penghantaran bekalan ubat susulan dari farmasi HTA terus ke lokasi pilihan pesakit dalam hari yang sama melalui pihak ketiga dengan caj       penghantaran ditanggung oleh pesakit. Perkhidmatan ini menyediakan penghantaran pelbagai jenis ubat kecuali           Psikotropik dan Dadah Berbahaya.

    iii) Farmasi Pandu Lalu

Perkhidmatan ini menawarkan pembekalan ubat susulan dimana pesakit dapat mengambil ubat di luar farmasi secara  kaedah pandu lalu. Kad Pandu Lalu akan diberikan selepas membuat pendaftaran di aplikasi MyUBAT. Lokasi Farmasi Pandu Lalu adalah di Farmasi Pandu Lalu HKL, Jalan Dr. Latif, Kuala Lumpur. Sesuai untuk semua jenis ubat termasuk ubat yang tidak boleh dipos seperti ubat cecair, ubat rangkaian sejuk, Psikotropik dan Dadah Berbahaya serta ubat  aerosol inhaler.

12) Perkhidmatan Farmasi Lain

i) Sistem Mendispens secara Temu Janji (SMART)

Perkhidmatan SMART menyediakan ubat susulan pesakit sebelum tarikh temujanji dan akan didispens secara terus melalui kaunter farmasi apabila pesakit/ wakil pesakit hadir di farmasi. Pendaftaran boleh dilakukan selepas mengambil ubat di kaunter farmasi dengan menggunakan aplikasi MyUBAT

PERKHIDMATAN JABATAN FARMASI
LOKASI DAN WAKTU OPERASI
WAKTU PEJABAT
(ISNIN-JUMAAT)
LOKASI
SELEPAS WAKTU PEJABAT
LOKASI
FARMASI KLINIK PAKAR
7.30am – 5.30pm
Farmasi Klinik Pakar, Aras 2, HTA

N/A

N/A
Farmasi Kecemasan
8.00am – 5.00pm
Farmasi Klinik Pakar, Aras 2, HTA
Sabtu/ Ahad/ Cuti Umum: 8.00am – 5.00pm 


Setiap Hari: 5.00pm – 8.00am
Farmasi Pesakit Dalam, Aras 4, HTA 



Farmasi Kecemasan, Aras 1, HTA
Farmasi Pesakit Dalam
7.30am – 5.30pm
Farmasi Pesakit Dalam, Aras 4, HTA
8.00am – 5.00pm
Farmasi Pesakit Dalam, Aras 4, HTA
Farmasi Pandu Lalu
10.00am – 5.00pm
Farmasi Pandu Lalu HKL
Sabtu: 10.00am – 4.00pm
Farmasi Pandu Lalu HKL

 PIAGAM PELANGGAN

1) Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.

2) Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam semasa waktu pejabat.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas