FISIOTERAPI

PENGENALAN

Unit Fisioterapi Hospital Tunku Azizah memainkan peranan dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit wanita dan kanak-kanak agar mencapai kefungsian yang optimal secara menyeluruh.

LATAR BELAKANG

Unit Fisioterapi, Hospital Tunku Azizah mula beroperasi pada 25 Febuari 2019 dengan 5 orang Ahli Fisioterapi dan di bantu oleh 5 Ahli Fisioterapi lantikan secara kontrak.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Memberikan perkhidmatan fisioterapi yang cemerlang, berteknologi terkini serta profesional dan menepati keperluan kesihatan wanita dan kanak - kanak ke arah meningkatkan kualiti hidup dan menjadi pusat rujukan kebangsaan yang unggul.

MISI

1. Komited menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang holistik, inovatif, efisien dan efektif, serta prihatin kepada wanita dan kanak-kanak.

2. Melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan  bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti dan berdasarkan piawaian kebangsaan mahupun antarabangsa.

3. Melestarikan penjagaan kesihatan yang positif dan optimum ke arah meningkatkan kualiti hidup.

4. Mengukuhkan kolaborasi dengan pelbagai kepakaran demi kualiti penjagaan kesihatan yang penyayang dan profesional.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

 1. Menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang holistik, inovatif, efisien dan efektif, serta prihatin kepada wanita dan kanak- kanak.

2. Melahirkan Ahli Fisioterapi yang profesional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-based practice (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang.

3. Mengukuhkan kolaborasi dengan pelbagai kepakaran demi kualiti penjagaan kesihatan yang penyayang dan profesional  dengan bekerjasama demi meningkatkan produktiviti dan kualiti di dalam perawatan Fisioterapi.

4. Memperkasa penglibatan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatan melalui pendidikan kesihatan.

5. Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan Budaya Kerja           Premier dan Hospital Mesra Kanak-Kanak.

6. Menjadikan organisasi ini sebagai tempat rujukan kebangsaan yang unggul dengan menyediakan peluang latihan klinikal  yang menitikberatkan aspek kemahiran di dalam pelbagai bidang perawatan Fisioterapi.

Image

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Unit Fisioterapi berperanan penting dalam melengkapkan kitaran penjagaan kesihatan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk :

1) Perkhidmatan Fisioterapi untuk Pesakit Dalam

  • Unit Rawatan Rapi Pediatrik dan Obstetrik & Ginekologi
  • Unit Rawatan Kebakaran
  • Wad Perubatan, Medikal, Surgikal dan Ortopedik Pediatrik
  • Wad Perubatan Obstetrik & Ginekologi

2) Perkhidmatan Fisioterapi untuk Pesakit Luar

  • Disiplin Muskuloskeletal
  • Disiplin Kardiorespiratori
  • Disiplin Neurologi Pediatrik
  • Disiplin Pengurusan Kesakitan
  • Disiplin Terapi Tangan
  • Disiplin Kesihatan Wanita
  • Disiplin Amputasi dan Rehabilitasi
  • Hidroterapi
  • Pengurusan Vestibular
  • Program Pengurusan Berat Badan
  • Program Pengurusan Penyakit Kronik

3) Perkhidmatan Konsultasi di Klinik Perubatan bersama Pegawai Perubatan dan Pelbagai Disiplin

  • Klinik Cerebral Palsy
  • Klinik Neuro Disability
  • Klinik Pengurusan Kesakitan Pediatrik
  • Klinik Penjagaan Pediatrik Paliatif
  • Program Intensive Outpatient Rehabilitation
  • Kelas Obesiti Pediatrik
  • Klinik Spinal Muscular Atrophy
  • Klinik Plastik dan Rekonstruksi
  • Kelas Antenatal

4) Perkhidmatan Value Added Fisioterapi

  • Rondaan Wad Fisioterapi
  • Panggilan Kerja Berjadual
  • Klinik Konsultasi Fisioterapi
  • Kumpulan Sokongan Incontinence
  • Obesity & Cerebral Palsy Fun Therapy

5) Konsultasi semasa Perbincangan Interdisciplinary Rehabilitation

  • Wad Perubatan Onkologi
  • Wad Pembedahan Ortopedik
  • Wad Pembedahan Neurologi

6) Memberi ceramah prevensi berkaitan bidang fisioterapi di unit serta jabatan lain di HTA / HKL dan memenuhi jemputan  ceramah dari institusi luar.

7) Menyediakan penempatan klinikal bagi pelajar prasiswazah dan Latihan Sangkutan bagi Pegawai / Jurupulih Perubatan Fisioterapi.

8) Bekerjasama dengan penyelidik dalam pengumpulan data penyelidikan HTA.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memberi layanan mesra, adil, dan profesional.

2. Menjaga maruah dan rahsia setiap pesakit.

3. Menyediakan fasiliti dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat

a. Pesakit Luar

  • Masa menunggu dan pendaftaran masuk adalah dalam masa tidak melebihi 30 minit.
  • Penilaian dan rawatan Fisioterapi mengambil masa di antara 30 minit sehingga 90 minit.
  • Pada akhir sesi rawatan, setiap pesakit akan :

1. Diberi kad temujanji.

2. Faham dan mahir tentang senaman atau program rawatan yang bersesuaian untuk pesakit.

3. Bersetuju untuk mematuhi segala peraturan di unit dan tarikh temujanji yang telah ditetapkan.

b. Pesakit Dalam

1) Setiap kes akan diberi rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja selepas rujukan di terima.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas