KAWALAN INFEKSI

PENGENALAN

Unit Kawalan Infeksi merupakan salah satu unit yang berada di bawah sokongan klinikal pada Carta Organisasi Hospital Tunku Azizah. Unit Kawalan Infeksi bertanggungjawab menjalankan pemantauan terhadap kes-kes Healthcare Acquired Infection (HCAI) dan Multi Drug Resistant Organism (MDRO) serta mengendalikan kawalan dan pencegahan infeksi dengan mengikuti polisi terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan persekitaran yang selamat kepada kakitangan kesihatan, pesakit dan juga pelawat.

LATAR BELAKANG

Unit Kawalan Infeksi telah mula beroperasi di Hospital Tunku Azizah (HTA) dari awal tahun 2020. Pengumpulan data surveilan pesakit berkaitan kawalan dan pencegahan infeksi dilakukan sepenuhnya oleh Unit Kawalan Infeksi HTA bermula dari tahun 2021. Data surveilan pada tahun terdahulu adalah di bawah Unit Kawalan Infeksi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pada awal pengoperasiannya dalam tahun 2020, Unit Kawalan Infeksi HTA telah dibantu oleh seorang jururawat Infection Control Nurse (ICN) dari Unit Kawalan Infeksi HKL memandangkan terdapat kekangan jururawat bagi melaksanakan semua aktiviti kawalan dan pencegahan infeksi seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Unit Kawalan Infeksi seterusnya menyalurkan perkhidmatan di mana semua staf adalah dari HTA sendiri yang diketuai oleh seorang Pakar Mikrobiologi sebagai Ketua Unit, seorang pegawai perubatan, seorang penyelia jururawat, seorang ketua jururawat dan kini Unit Kawalan Infeksi mempunya seramai empat orang jururawat terlatih serta seorang pembantu perawatan kesihatan. 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mewujudkan persekitaran hospital yang selamat dan bebas dari jangkitan nosokomial.

MISI

Melaksanakan aktiviti - aktiviti kawalan infeksi dengan berkesan bagi mengurangkan kadar Healthcare-Acquired Infection (HCAI) dan memastikan setiap kakitangan di Hospital Tunku Azizah memahami dan melaksanakan program kawalan infeksi selaras dengan polisi dan garis panduan Kawalan Infeksi di jabatan, unit dan wad untuk mewujudkan persekitaran hospital yang selamat dan bebas dari infeksi.

OBJEKTIF

1) Mencegah, mengawal dan mengurangkan rebakan Healthcare Acquired Infection (HCAI) dengan melakukan aktiviti Laboratory Based Surveillance dan Clinical-Based Surveillance.

2) Mengamalkan standard dan additional precaution dikalangan kakitangan hospital untuk mengelakkan transmisi infeksi.

3) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kakitangan tentang kepentingan kawalan infeksi melalui pembelajaran secara berterusan.

4) Menjalankan pencegahan kawalan infeksi semasa kejadian wabak.

5) Mengurangkan risiko transmisi jangkitan semasa proses kerja menaiktaraf dan pengubahsuaian bangunan.

6) Menjadi sumber rujukan berkaitan pencegahan dan kawalan infeksi kepada semua jabatan atau unit di hospital.

FUNGSI

1) Memastikan semua kakitangan hospital, pesakit, penjaga dan pelawat mengamalkan langkah pencegahan serta kawalan infeksi seperti yang digariskan oleh polisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang berada di fasiliti hospital. 

2) Memastikan penularan jangkitan tidak berlaku dalam fasiliti hospital.

Image

PERKHIDMATAN

1) Tugasan Klinikal

i) Bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik Hospital (JKKIA) dan pasukan kawalan infeksi yang lain. 

ii) Menyelia dan memberi input berkaitan polisi pencegahan dan kawalan infeksi.

iii) Memberi input dan sokongan klinikal kepada anggota kesihatan dan agensi luar untuk sebarang masalah atau isu berkaitan kawalan infeksi. 

iv) Mengenalpasti keputusan bagi clinically significant MDRO dan kemungkinan berlakunya sesuatu wabak (outbreak).

2) Tugasan Surveilan

i) Menyelaras dan melakukan aktiviti surveilan berkaitan kawalan infeksi yang ditetapkan oleh KKM seperti MDRO Surveillance, Audit Hand Hygiene Compliance Rate, Point Prevalence Surveillance on Healthcare-Associated Infection (PPS HCAI), Point Prevalence Surveillance on Blood Stream Infection (PPS BSI) dan Infection Prevention Audit

3) Penyelarasan Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Infeksi

i) Mengenalpasti jangkitan yang berpotensi berlakunya wabak.

ii) Melakukan siasatan terhadap semua kes serta melaksanakan langkah kawalan dan pencegahan dengan kadar segera. 

4) Pengurusan dan Pentadbiran

i) Menyediakan dan melaksanakan polisi pencegahan dan kawalan infeksi di peringkat hospital. 

ii) Memantau kepatuhan terhadap polisi kawalan infeksi ditetapkan.

iii) Menyediakan laporan aktiviti kawalan infeksi dan mengedarkan laporan dalam jangka masa ditetapkan.

5) Pendidikan dan Latihan

i) Memberi latihan kawalan dan pencegahan infeksi kepada semua anggota kesihatan. 

ii) Mengemaskini maklumat terkini berkaitan polisi kawalan infeksi dan menghadiri kursus / persidangan yang berkaitan.

iii) Menyelaras dan menyertai kempen pencegahan dan kawalan infeksi. 

6) Penyelidikan dan Peningkatan Kualiti 

i) Melibatkan diri dalam projek penyelidikan pencegahan dan kawalan infeksi.

ii) Melakukan audit klinikal, surveilan dan projek peningkatan kualiti kawalan infeksi. 

 

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas