KEJURURAWATAN
PENGENALAN
Unit Perkhidmatan Kejururawatan bertanggungjawab menyediakan sumber klinikal, pengurusan dan pendidikan yang diperlukan untuk penyediaan kecemerlangan dalam penjagaan kejururawatan mengikut piawaian profesional yang ditetapkan. Ia akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang memberi tumpuan kepada pelanggan dengan penekanan kepada keperluan fizikal, psikologi, sosial dan rohani individu.
Ia juga bertujuan untuk menyediakan kakitangan kejururawatan dengan kehidupan kerja yang berkualiti tinggi dan peluang untuk mencapai potensi penuh mereka. Unit perkhidmatan kejururawatan juga akan menyampaikan perkhidmatannya agar selaras dengan visi, misi dan objektif Hospital Tunku Azizah.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Bertekad menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan kejururawatan di Malaysia.
MISI
Unit Kejururawatan berusaha untuk memberikan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dan mematuhi piawaian pelanggan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF DAN FUNGSI UNIT
1) Menyediakan perkhidmatan kejururawatan dengan penekanan kepada aspek promosi, pencegahan, kuratif dan pemulihan.
2) Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan kepada masyarakat.
3) Melaksanakan strategi yang menggalakkan penjagaan berkualiti dan kos efektif kepada pengguna.
4) Menetapkan, melaksana dan menyemak semula standard penjagaan kejururawatan secara berkala.
5) Menilai dan memantau penjagaan kejururawatan berdasarkan kriteria jaminan kualiti dan piawaian kejururawatan.
6) Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada penglibatan kakitangan dalam aktiviti membuat keputusan yang meningkatkan kualiti penjagaan kejururawatan yang disampaikan.
7) Meningkatkan amalan kejururawatan melalui penyediaan program pendidikan kejururawatan profesional yang berterusan.
8) Memudahkan pendidikan tinggi dan pembangunan diri semua kakitangan kejururawatan.
9) Meningkatkan imej kejururawatan profesional di hospital dan komuniti.
10) Bekerjasama dengan rakan sekerja kejururawatan dan institusi pendidikan lain dengan menyediakan pengalaman klinikal untuk pelajar.
11) Memulakan dan memudahkan penyelidikan kejururawatan.
PERKHIDMATAN
Unit Kejururawatan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat U44. Ia terbahagi kepada dua unit iaitu Kejururawatan Obstetrik & Ginekologi dan Kejururawatan Pediatrik. Skop perkhidmatan unit kejururawatan adalah seperti berikut
- Penjagaan Pesakit Dalam kepada semua pesakit yang dimasukkan ke wad.
i) Wad Obstetrik & Ginekologi
a) Wad Obstertik - 7A, 7B, 7C, 7D, 8C (Kelas Pertama).
b) Wad Ginekologi - 8A, 8B.
c) OHR, AICU, AHDU, Labour Suite.
ii) Wad Pediatrik
a) Wad Neonatal - 9A, 9B & NICU
b) Wad Perubatan - 9C (Nefrologi), 9D (Pediatrik Am), 10A (Pediatrik Am), 10B (Onkologi),
10C (Pediatrik Am), 10D (Respiratori), KK7 (Pediatrik Am)
c) Wad Pembedahan - 11A (Pembedahan Am), 11B (Oftalmologi, Otorinolaringologi, Plastik, Dental, Psikiatri),
11C (Neurosains), 11D (Ortopedik & Pembedahan Am), BURN
d) Rawatan Rapi - PICU & PHDU
iii) Penjagaan Pesakit Luar yang merangkumi :
a) Obstetrik & Ginekologi - Klinik Pakar O&G (SPG), ART Centre, Pusat Penilaian Pesakit (PAC).
b) Pediatrik - Klinik Pakar Pediatrik (SPP), Unit Rawatan Harian, Unit Aferesis,
Surgical Daycare, Kemalangan & Kecemasan (kanak-kanak)
iv) Penjagaan pesakit di bilik bedah yang merangkumi Dewan Bedah Pediatrik (POT), Dewan Bedah Materniti (MOT),
v) Dewan Bedah Gynae (GOT)
vi) Unit Kawalan Infeksi.
vii) Unit CNE (Continous Nursing Education) Kejururawatan.
viii) Unit Pengurusan Kualiti.
ix) Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
x) Unit Pemakanan Bayi.
xi) Unit CSSU.
PIAGAM PELANGGAN
Unit Kejururawatan komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan memastikan pencapaian berikut.
1) Sijil Pengamalan Tahunan (APC – Annual Practicing Certificate)
- 100% jururawat mempunyai APC untuk tahun semasa.
2) Program Orientasi
- 100% jururawat baru yang melapor diri diberikan orientasi.
3) Program Pementoran
- 100% jururawat lantikan baru lulus program pementoran yang dijalankan (3 & 6 bulan).
4) Latihan & Kursus
- 100% jururawat mengikuti pembelajaran berterusan dalam memperolehi 20 mata kredit untuk APC
5) Piawaian Kualiti Kejururawatan :
- National Nursing Indicator Approach (NNIA)
i) Pressure Injury - Nursing Standard < 2.1%
ii) Thrombophlebitis - Nursing Standard <5%
- National Nursing Approach (NNA)
i) Administration Of Intravenous Infusion - 100% tiada kesilapan pemberian ubatan intravena
ii) Administration Of Oral Medication - 100% tiada kesilapan pemberian ubatan oral
iii) Pain as 5th Vital Sign - 100% pematuhan
- Nursing Risk
i) Fall - Nursing Standard < 4.0%