KEJURUTERAAN
PENGENALAN
Unit Kejuruteraan merupakan satu unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital. Tujuan utama unit ini adalah mengawal selia perkhidmatan sokongan hospital oleh syarikat konsesi, Konsortium ProHAWK Sdn.Bhd. (disub-kontrakkan kepada Edgenta Healthcare Management Sdn. Bhd.) melalui kontrak perjanjian Perkhidmatan Sokongan Hospital pada March 2013). Selain itu, tugas Unit Kejuruteraan termasuklah merancang, menyelaras dan memantau dan projek – projek kejuruteraan yang dijalankan di kawasan hospital serta memberi nasihat teknikal berkaitan sistem-sistem kejuruteraan.
Unit kejuruteraan diketuai oleh Penolong Pengarah, J44 (Jurutera Biomedikal) dan dibantu oleh seorang Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29 serta dua orang Pembantu Tadbir (MyStep). Operasi unit ini dikukuhkan lagi dengan bantuan daripada Unit Kejuruteraan Hospital Kuala Lumpur yang bertindak mengawalselia kesemua unit kejuruteraan di bawah pantauan HKL.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Menyediakan organisasi yang terdiri daripada pasukan kerja profesional yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Hospital Tunku Azizah serta di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia
MISI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada Pembangunan dasar yang berkaitan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan.
- Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan dan perkhidmatan sokongan institusi kesihatan.
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
1) Memantau perlaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di Hospital Tunku Azizah.
2) Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
3) Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
4) Memastikan sistem-sistem Kejuruteraan Di Hospital berada dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya.
5) Merancang dan melaksanakan program – program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
6) Memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan.
Fungsi utama Unit Kejuruteraan adalah :
1) Membuat pemantauan terhadap PSH yang diberikan oleh syarikat konsesi serta memastikan sistem-sistem kejuruteraan di hospital berada dalam keadaan operasi.
2) Memantau perlaksanaan penswastaan PSH bagi Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Pendobian (LLS), Pencucian (CLS) dan Pengurusan Sisa-sisa Klinikal (HWMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
3) Mengeluarkan Non Conformance Report (NCR) terhadap segala ketidakpatuhan yang dilakukan oleh syarikat konsesi
4) Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional termasuk penyediaan spesifikasi berkenaan kerja-kerja kecil kejuruteraan dan pemantauan projek serta pembelian dan penggantian alat perubatan.
5) Membantu dalam pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan bagi peralatan/aset mekanikal, elektrikal, dan biomedikal yang berkaitan dengan melakukan pemeriksaan fizikal dan teknikal apabila perlu. Kerja-kerja termasuk mengesahkan Sijil Perakuan Pelupusan peralatan jentera/ mekanikal.
6) Menjadi Pegawai Penyelaras Aset dan urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset hospital.
PIAGAM PELANGGAN
1) Merancang dan melaksanakan program – program di bawah BPKj.
2) Melaksanakan projek baru dan naik taraf di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
3) Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab Operasi Kejuruteraan Hospital.
4) Menyedia dan memantau perlaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di bawah institusi kesihatan.
5) Merancang dan melaksanakan program – program di bawah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan memantau pelaksanaan projek - projek yang berlaku di dalam Hospital.
6) Melaksanakan projek baru dan naik taraf kemudahan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
7) Menyedia dan memantau perlaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di hospital serta klinik kesihatan di bawah pemantauan hospital.