KERJA SOSIAL PERUBATAN

PENGENALAN

Perkhidmatan kerja sosial perubatan di Hospital Tunku Azizah (HTA) bertujuan untuk memberikan bantuan psikososial khusus kepada pesakit wanita dan kanak-kanak semasa proses rawatan dan pemulihan. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) sebelum intervensi bantuan dilakukan. PKSP akan bertanggungjawab kepada semua disiplin klinikal di Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Contoh kes yang dikendalikan ialah kes pesakit kronik wanita dan kanak-kanak, kes penderaan dan pengabaian (fizikal, mental dan seksual), kes pesakit terdampar (abandoned), pesakit Orang Kurang Upaya (OKU), kes remaja atau ibu hamil tanpa nikah dan kes-kes lain yang dirujuk untuk bantuan.

LATAR BELAKANG

PKSP adalah pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional(P&P) dan salah satu profesion di bawah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) di HTA mula beroperasi pada 19 Februari 2019. JKSP HTA mempunyai 5 orang pegawai yang bertugas memberikan bantuan kepada pesakit wanita dan kanak-kanak. Sebelum ini semua pegawai telah berkhidmat di JKSP, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mengendalikan kes-kes di Jabatan O&G dan Jabatan Pediatrik, HKL. PKSP berkolaborasi dengan beberapa rakan strategik iaitu organisasi kerajaan (GO), organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta untuk mempelbagaikan sumber bagi membantu pesakit yang memerlukan. PKSP juga terlibat sebagai penyelaras bagi perkhidmatan sukarela di HTA.

VISI, MISI & OBJEKTIF

 VISI

Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.

 MISI

Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1) Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan dan pemulihan.

2) Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.

3) Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.

Image

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan kerja sosial perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh pakar atau Pegawai Perubatan di HTA. PKSP berperanan sebagai liaison officer dengan pelbagai agensi pemberi bantuan dalam menguruskan bantuan kepada pesakit. Perkhidmatan ini merangkumi:

a) Pengurusan Bantuan Praktik:

 i) Bantuan Kewangan:

Bantuan kewangan meliputi pembiayaan peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi, rawatan, ubat dan bantuan am. Penilaian dilakukan mengikut Garis Panduan Laporan Penilaian Sosioekonomi Pegawai Kerja Sosial Perubatan KKM.

ii) Penempatan Institusi:

Bantuan penempatan institusi diberikan kepada pesakit terdampar (abandoned) kes yang memerlukan perlindungan (protection) dan yang memerlukan latihan serta pemulihan.

iii) Mengesan Waris:

Bantuan mengesan waris diberikan kepada pesakit yang tidak diketahui status dan maklumat waris atau penjaga bagi membolehkan rawatan serta proses discaj dijalankan.

b) Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan:

i) Khidmat Perundingan

ii) Sokongan Emosi

iii) Intervensi Krisis

Intervensi bantuan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes tertentu khususnya yang melibatkan isu perundangan seperti kes keganasan rumah tangga, ibu hamil tanpa nikah, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, jenayah seksual dan kes-kes lain yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik.

PIAGAM PELANGGAN

1) Masa tindak balas awal kepada pesakit yang dirujuk dalam masa 2 hari bekerja.

2) Penyediaan Laporan Sosioekonomi yang lengkap bagi permohonan ke agensi pemberi bantuan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas