KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

  • Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Hospital Tunku Azizah (HTA) telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2019 berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 30), dimana sesebuah fasiliti yang mempunyai lebih dari 40 orang pekerja hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta berpandukan surat arahan KKM (No.Ruj:KKM600-37/1/3(2)) bertarikh 11 Julai 2016 dimana semua Hospital dan Institut Perubatan KKM hendaklah mewujudkan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HTA adalah di bawah tanggungjawab Pengarah Hospital dan berfungsi sebagai sekretariat bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti atau program mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

VISI, MISI & OBJEKTIF

 VISI

  • Kearah anggota kakitangan serta pelanggan hospital yang sihat, selamat dan produktif.

MISI

  • Memberi perkhidmatan kesihatan pekerjaan yang komprehensif serta berkualiti melalui aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit, kecederaan serta ketidakupayaan yang disebabkan oleh pekerjaan.
  • Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan warga hospital terjamin.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

Objektif Umum:

  • Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kakitangan hospital dan pelanggannya.

Objektif khusus:

  • Memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan anggota perubatan serta pekerja-pekerja hospital terhadap risiko/ hazard keselamatan atau kesihatan sentiasa berada di tahap optima berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
  • Mewujudkan persekitaran pekerjaan yang kondusif dan selamat bagi semua warga hospital serta pelanggan hospital.
  • Merancang serta menyelaras aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan peringkat hospital.
  • Meningkatkan pengetahuan semua warga hospital serta pelanggan berkenaaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya kerja yang sihat lagi selamat.
  • Mengumpul data, menganalisa data, dan menyampaikan maklumat mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada warga hospital.
  • Meningkatkan serta mengawal pangkalan data yang lengkap terutama berkaitan penyakit penyakit pekerjaan/ keracunan dan kemalangan/ kecederaan.
  • Meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja melalui komunikasi dua hala yang berkesan.
  • Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
Image

PERKHIDMATAN

1) Penyiasatan: Siasatan yang melibatkan semua kes kemalangan dan kesihatan warga kerja HTA termasuk kejadian kekerasan, kes keracunan, kes penyakit pekerjaan, kejadian nyaris lain-lain beserta usulan tindakan penambahbaikan berdasarkan pelaporan melalui WEHU yang diterima.

2) Audit: Audit keselamatan seperti HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) di dalam kawasan tempat kerja di HTA beserta menyiapkan laporan audit.

3) Pemeriksaan: Pemeriksaan di tempat kerja seperti pemantauan bunyi bising, pencahayaan, kualiti udara dalaman, bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja, bahaya radiasi dan lain-lain.

4) Perkhidmatan Occupational Health Centre (OHC) beroperasi setiap hari Selasa, Rabu dan Jumaat sesi petang menawarkan perkhidmatan program KOSPEN Wellness Of Worker (WOW), Saringan Kesihatan Kakitangan di atas 40 tahun, Saringan Kesihatan Mental dan lain-lain.

5) Program imunisasi seperti imunisasi Influenza, COVID-19, Tifoid dan lain-lain.

6) Mengendalikan Polisi Code Grey iaitu kekerasan terhadap kakitangan di hospital termasuk menerima notifikasi, siasatan kejadian, penglibatan sebagai pasukan Code Grey Induk dan lain-lain.

7) Program Pengurusan Kesihatan bagi kakitangan yang dijangkiti COVID-19 positif seperi membuat saringan kontak rapat, pengurusan kuarantin, pengambilan sampel swab bagi kakitangan kontak rapat dan lain-lain.

8) Promosi dan khidmat nasihat kepakaran kepada kakitangan HTA berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

9) Program orientasi berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja bagi kakitangan baharu.

10) Perkhidmatan melibatkan kesihatan awam seperti pemantauan nyamuk aedes, dan pemerkasaan larangan merokok di kawasan HTA.

HARI
WAKTU
PERKHIDMATAN
SELASA
8.00 pagi – 9.00 pagi



2.00 petang – 4.00 petang


Pengambilan darah – Program Kospen WOW 
                                 - Program Kesihatan Kakitangan 40 ke atas


Kospen WOW 
• Saringan Kesihatan 
• Klinik Kospen WOW 
• Program Kesihatan Kakitangan 40 ke atas 
Immunisasi – ( Jika Ada) 
RABU
8.00 pagi – 9.00 pagi




2.00 petang – 4.00 petang


Pengambilan darah – Program Kospen WOW 
                                 - Program Kesihatan Kakitangan 40 ke atas 


Kospen WOW 
• Saringan Kesihatan 
• Klinik Kospen WOW 
• Program Kesihatan Kakitangan 40 ke atas Immunisasi – ( Jika Ada)
JUMAAT
8.00 pagi – 9.00 pagi




2.45 petang – 4.00 petang


Pengambilan darah – Program Kospen WOW 
                                 - Program Kesihatan Kakitangan 40 ke atas 


Kospen WOW 
• Saringan Kesihatan 
• Klinik Kospen WOW 
• Program Kesihatan Kakitangan 40 ke atas Immunisasi – ( Jika Ada)
NO
PIAGAM PELANGGAN
TEMPOH
1
Siasatan melibatkan kecederaan dan kemalangan anggota kakitangan
Dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh borang di hantar dengan lengkap
2
Siasatan melibatkan kesihatan pekerjaan kakitangan Hospital Tunku Azizah
Dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh borang di hantar dengan lengkap
3
Siasatan melibatkan kejadian kekerasan kepada kakitangan Hospital Tunku Azizah
Dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh borang di hantar dengan lengkap
4
Memberi maklumbalas promosi dan khidmat nasihat kepakaran atau CME kepada unit dan jabatan yang memerlukan selepas menerima surat permohonan
Dalam tempoh 30 hari waktu bekerja dari tempoh borang di hantar dengan lengkap
5
Memberi maklumbalas HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control)
Dalam 14 hari bekerja selepas HIRARC dijalankan
6
Memberi maklumbalas audit keselamatan
Dalam 14 hari bekerja selepas audit keselamatan dijalankan
7
Memberi orientasi pekerja Hospital Tunku Azizah selepas diberi senarai nama dari pejabat pengurusan
Dalam 6 bulan selepas senarai nama diberikan

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas