KOMUNIKASI KORPORAT

PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan HTA yang bertanggungjawab menguruskan perhubungan korporat antara pihak hospital dengan para pemegang taruh. Fungsi UKK adalah untuk memelihara dan meningkatkan reputasi Hospital Tunku Azizah melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan. Antara aktiviti utama UKK ialah menguruskan perkhidmatan pelanggan, menguruskan perhubungan media, menyelaras maklumbalas awam, menyelaras kandungan untuk laman web dan media sosial rasmi hospital, menyelaras aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), menyelaras lawatan dalam dan luar negara dan menguruskan acara-acara rasmi hospital.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Memastikan semua pelanggan Hospital Tunku Azizah mendapat perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan maklumat yang tepat mengenai perkhidmatan hospital.

MISI

Menjadi penyelaras utama perhubungan korporat hospital.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1) Memastikan maklumat mengenai hospital disalurkan kepada orang awam dan media massa;

2) Memastikan segala maklumbalas awam dilaksana dengan cekap;

3) Meningkatkan jaringan perhubungan awam di antara hospital dan pemegang taruh;

4) Memastikan majlis anjuran hospital teratur dari segi etiket dan protokol; dan

5) Memastikan segala isu semasa mengenai hospital dapat dipantau dan ditangani dengan effektif.

 

Image

PERKHIDMATAN

SEKSYEN KORPORAT

Seksyen Korporat bertanggungjawab mengurus komunikasi dengan khalayak umum (dalaman dan luaran). Seksyen ini berperanan untuk mengurus acara dan program rasmi hospital, memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan acara dan protokol untuk program/acara yang dianjurkan oleh jabatan/cawangan/unit di hospital, menguruskan lawatan dari dalam dan luar negara, menguruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan menguruskan hal berkaitan pesakit warga asing.

SEKSYEN MAKLUMBALAS AWAM

Seksyen Maklumbalas Awam bertanggungjawab menyelaraskan  maklumbalas awam mengenai perkhidmatan hospital. Jenis maklumbalas adalah aduan dan bukan aduan seperti penghargaan, cadangan, permohonan, pertanyaan dan pelaporan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISSPA), borang maklumbalas pelanggan, email, panggilan telefon, aduan secara bersemuka dan aduan melalui media baharu. Semua maklumbalas diproses dengan teliti dan adil bagi memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik dari pihak hospital.

SEKSYEN MEDIA

Seksyen Media bertangungjawab memastikan maklumat yang betul disampaikan kepada orang awam melalui pelbagai saluran media. Seksyen ini bertanggungjawab menguruskan perhubungan baik di antara pihak hospital dengan agensi media, menyelaras  kandungan di laman web, menyediakan kandungan untuk akaun media sosial hospital, dan memantau isu semasa melibatkan hospital yang disiarkan di media massa dan media baharu.

SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN

Seksyen Khidmat Pelanggan adalah barisan hadapan perhubungan awam di hospital. Oleh itu, seksyen ini bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan kaunter informasi dan perkhidmatan telefon hospital.

PIAGAM PELANGGAN

Azam kami adalah untuk menguruskan aduan awam dengan cekap berpandukan kepada Garis Panduan Pengurusan Aduan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2020 yang menyatakan setiap aduan harus diurus mengikut dua (2) tahap kesukaran iaitu:-

(i) Aduan Biasa : tempoh penyelesaian adalah dalam masa lima belas (15) hari bekerja

(ii) Aduan Kompleks: tempoh penyelesaian adalah dalam tempoh munasabah berdasarkan justifikasi dan peraturan semasa   yang telah ditetapkan(sehingga 365 hari).

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas