UNIT PENGURUSAN KUALITI
PENGENALAN & LATAR BELAKANG
Penambahbaikan kualiti perkhidmatan telah dijadikan sebagai visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak beberapa dekad yang lalu dan merupakan satu komponen yang penting dalam Pengurusan Hospital. KKM telah memulakan usaha penambahbaikan kualiti perkhidmatan dengan pelaksanaan inisiatif seperti Quality Assurance Program (QAP). Usaha ini telah diteruskan dengan pelbagai program berkenaan dengan kualiti perkhidmatan seperti penerbitan National Policy for Quality in Healthcare (NPQH). Bagi memastikan kelancaran program kualiti perkhidmatan pemantauan telah dikukuhkan di setiap peringkat pengurusan.
Sejak penubuhan Hospital Tunku Azizah (HTA), Unit Pengurusan Kualiti (UPK) telah diwujudkan sebagai satu unit bersama dengan fungsi Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (UKKP). Walau bagaimanapun, dengan perkembangan perkhidmatan di HTA, Unit Pengurusan Kualiti telah dipisahkan daripada UKKP dan berfungsi sebagai satu unit.
Unit Pengurusan Kualiti (UPK) memegang tanggungjawab untuk memantau dan memacu inisiatif penambahbaikan kualiti perkhidmatan di HTA di bawah naungan Pengarah Hospital dengan berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh KKM. Tujuan utama pelaksanaan program kualiti adalah untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah selamat (safe), tepat pada masa (timely), efektif (effective), efisien (effeicient), berpatutan (equitable), berpusat kepada pesakit (patient-centered) dan mudah dicapai (accessible).
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Peneraju kesihatan wanita dan kanak-kanak serta pusat rujukan kebangsaan bertaraf dunia.
MISI
Memacu perkhidmatan kesihatan wanita & kanak-kanak di Malaysia secara holistik, inovatif dan strategik, dengan kerjasama semua kepakaran demi kelestarian kualiti penjagaan, latihan & penyelidikan bertaraf dunia.
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
- Objektif Utama
Memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan klinikal di HTA sentiasa dipantau dan mencapai piawaian tetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disasarkan untuk penambahbaikan berdasarkan evidence based decision.
1) Objektif spesifik:
a) Pemantauan keselamatan dan penambahbaikan
i) Memastikan perkhidmatan klinikal yang selamat dan memupuk budaya penambahbaikan yang berterusan dalam keselamatan pesakit mengikut hala tuju dan garis panduan KKM & World Health Organization (WHO)
b) Pemantauan dan penyelenggaraan kualiti perkhidmatan
i) Memastikan penyediaan perkhidmatan klinikal yang menyeluruh, holistik dan berpusat kepada pesakit (patient-centered)
ii) Memastikan pematuhan tatacara kerja berdasarkan piawaian yang selari dengan hala tuju KKM
iii) Pemantauan dan peningkatan mutu tenaga kerja klinikal melalui pendidikan perubatan berterusan
iv) Memastikan penyediaan data klinikal yang tepat bagi perancangan perkhidmatan kesihatan di peringkat kementerian
c) Penambahbaikan kualiti perkhidmatan
i) Memupuk budaya penambahbaikan berterusan bagi penyediaan perkhidmatan yang efektif dan efisien.
1) Pemantauan Keselamatan dan Penambahbaikan
a) Malaysian Patient’s Safety Goals
i) Memantau indikator MPSG
ii) Melaksanakan program kesedaran
b) Incident Reporting (IR)
i) Mengumpul dan memproses laporan insiden
ii) Melaksanakan program kesedaran
iii) Memantau aktiviti penambahbaikan
c) Transfusion Safety
i) Melaksanakan program kesedaran
ii) Melakukan rondaan keselamatan transfusi
iii) Menyelaras aktiviti pemantauan perkhidmatan transfusi
d) Medicolegal & Ethics
i) Melaksanakan siasatan dalaman atau luaran
ii) Melaksanakan penyiasatan kes saman
iii) Memberi bantuan dalam pengurusan kes medicolegal
iv) Memantau aktiviti penambahbaikan
2) Pemantauan dan Penyelenggaraan Kualiti Perkhidmatan
a) Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA)/ Key Performance Indicator (KPI)/ PPTPA
i) Mengumpulkan borang performance verification
ii) Melaksanakn audit pencapaian indikator
iii) Melaksanakan taklimat dan memberikan panduan kepada pengumpulan data pencapaian dan SIQ
b) ISO/ MSQH Accreditation
c) Clinical Governance (CG)
i) Melaksanakan rondaan clinical governance bersama dengan pengurusan tertinggi
d) Mortality & Morbidity (termasuk Covid)
e) Continuous Medical Education (CME)/ Continuing Professional Development (CPD)
f) Credential & Privileging (C&P)
g) Patient’s Satisfaction Survey
h) Casemix
i) Memantau dan menjalankan audit data Casemix
ii) Melaksanakan latihan
i) Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)
3) Penambahbaikan Kualiti
i) Pain Free Program
ii) QA/QI/ Innovation/ LEAN/ Clinical Audit