MORTUARI

PENGENALAN

Unit Mortuari, Hospital Tunku Azizah adalah sebuah unit yang baharu ditubuhkan di hospital ini dan telah beroperasi secara sepenuhnya mulai 01 Disember 2019. Unit ini telah diselia secara langsung oleh Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur. Pada masa sekarang unit ini hanya menerima kematian, janin dan anggota badan dari dalam premis Hospital Tunku Azizah sahaja.

LATAR BELAKANG

Unit Mortuari, Hospital Tunku Azizah beroperasi berdasarkan keperluan dalam Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, Seksyen 330), Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Tisu Manusia 1974 (AKta 130).

Antara perkhidmatan lain yang disediakan di Unit Mortuari, Hospital Tunku Azizah adalah mengendalikan kematian pesakit di dalam hospital dan juga kematian yang dibawa mati ke hospital (Brought-in-Dead).

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Unit ini akan berusaha menyediakan perkhidmatan perubatan forensik yang cekap, berkesan dan profesional sesuai dengan undang-undang Malaysia serta memenuhi sistem Pengurusan Kualiti yang memberi tumpuan kepada keutamaan pengguna.

 MISI

Unit ini akan memastikan bahawa perkhidmatan perubatan forensik yang berkualiti disediakan:

1) Melalui kakitangan yang berpengetahuan, berkemahiran dan peka terhadap keperluan pengguna.

2) Berasaskan budaya korporat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.

3) Terikat dalam sistem perundangan Malaysia.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1) Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan forensik bebas dan tidak berat sebelah yang memenuhi kehendak sistem perundangan Malaysia.

2) Untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah yang cekap yang memenuhi keperluan pelanggan.

3) Melakukan pemeriksaan kes perubatan forensik secara profesional, cekap dan berkesan.

4) Memberi khidmat perundingan dalam pengurusan kes perubatan forensik.

5) Untuk menguruskan spesimen tisu forensik dan mengekalkan rantai bukti (pemeliharaan rantai hak penjagaan) spesimen.

6) Untuk membina pengetahuan dan kemahiran melalui Pendidikan dan Latihan Perubatan Berterusan.

Image

PERKHIDMATAN JABATAN

A. PENGURUSAN MAYAT, JANIN DAN ANGGOTA BADAN.

1. Penerimaan mayat, janin dan anggota badan.

2. Penyimpanan mayat, janin dan anggota badan.

3. Penyerahan mayat, janin dan anggota badan.

  • Perkhidmatan ini dilakukan dari proses penerimaan sehingga ke proses penyerahan jenazah kepada waris sahaja.

B. PELUPUSAN MAYAT, JANIN DAN ANGGOTA BADAN YANG TIDAK DITUNTUT.

C. PENYEDIAAN TEMPAT PENGURUSAN JENAZAH BAGI MAYAT, JANIN DAN ANGGOTA BADAN ISLAM DAN BUKAN ISLAM.

Tempat pengurusan mayat , janin dan anggota badan ada disediakan kepada waris atau wakil waris yang mahu menggunakannya.

PENYELIDIKAN DAN LATIHAN DI JABATAN

Penyelidikan dan latihan diselia dan disediakan oleh Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur

  • .PIAGAM PELANGGAN

    • Semua pelanggan akan dilayan dengan profesional, jujur, dan simpati.
    • Perkhidmatan 24 jam akan diberikan untuk pengurusan kes kematian.
    • Proses pemindahan badan kepada pihak yang menuntut / saudara terdekat adalah mengikut Prosedur Operasi Standard Jabatan.
    • Setiap pemeriksaan kes perubatan forensik akan dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard Jabatan.
    • Setiap spesimen perubatan akan dikendalikan mengikut Prosedur Operasi Standard Jabatan.
    • Pengurusan laporan perubatan forensik akan dikendalikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
    • Semua maklumat kes perubatan forensik akan dikendalikan dengan kerahsiaan.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas