OFTALMOLOGI
Selamat datang ke Jabatan Oftalmologi Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Jabatan kami ditubuhkan pada tahun 2019 dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan perawatan mata khusus untuk kanak-kanak. Kami komited untuk menawarkan rawatan yang terbaik kepada pesakit kanak-kanak daripada umur 6 tahun ke bawah, memastikan mereka menerima penjagaan mata yang berkualiti tinggi dalam suasana yang mesra dan selesa.
Di jabatan kami, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan subkepakaran termasuk Vitreo Retina, Glaucoma, Occuloplasty dan Saringan Retinopathy Of Prematurity (ROP) Pasukan pakar mata kami yang berpengalaman dan berdedikasi sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan yang efektif dan komprehensif kepada setiap pesakit, dengan fokus pada kesihatan mata jangka panjang dan kesejahteraan mereka.
Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapatkan penjagaan mata yang terbaik untuk memastikan mereka dapat melihat dunia dengan jelas dan menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dan menyediakan rawatan yang paling sesuai untuk setiap pesakit.
Terima kasih kerana memilih Jabatan Oftalmologi Hospital Tunku Azizah. Kami berharap dapat memberikan penjagaan mata yang terbaik kepada anak-anak anda dan membantu mereka melihat dunia dengan lebih jelas.
LATAR BELAKANG
Jabatan Oftalmologi HTA ditubuhkan pada tahun 2019 hasil daripada perkembangan perkhidmatan subkepakaran pediatrik oftalmologi di Hospital Kuala Lumpur. Penubuhan jabatan ini bertujuan untuk menyediakan perawatan mata khusus kepada kanak-kanak, memenuhi keperluan pesakit yang berumur 6 tahun ke bawah. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan subkepakaran seperti vitreo retina, glaukoma, dan oculoplasty. Dengan pasukan pakar mata yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi, Jabatan Oftalmologi HTA komited untuk memberikan rawatan yang komprehensif dan berkualiti dalam persekitaran yang selesa dan mesra kepada setiap pesakit.
VISI
Visi kami adalah untuk menjadi pusat rawatan mata yang unggul dimana rawatan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada pesakit kanak-kanak. Mewujudkan kesedaran pihak masyarakat tentang kepentingan penjagaan mata untuk menjaga penglihatan setara dengan polisi-polisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
MISI
Jabatan Oftalmologi Hospital Tunku Azizah juga komited untuk menyediakan rawatan mata yang terbaik melalui para professional yang sentiasa bekerja keras, berdedikasi dan tinggi budi perkerti melalui penggunaan teknologi semasa.
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
1) menyediakan perkhidmatan oftalmia yang komprehensif, cekap dan berkualiti tinggi dalam berfungsi sebagai pusat rujukan.
2) menyediakan program latihan dan pengajaran di semua peringkat untuk kakitangan perubatan.
3) meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang kepentingan amalan dan tabiat penjagaan mata yang baik.
4) menggalakkan usaha penyelidikan.
Antara perkhidmatan yang terdapat di jabatan ini adalah seperti berikut:
- Klinik Pediatrik Oftalmologi
Klinik ini memberi perkhidmatan kepada masalah penyakit mata, perkembangan penglihatan mata, strabismus dan penjagaan penglihatan mata yang melibatkan kanak-kanak. Antara penyakit-penyakit yang selalu dirawat adalah congenital cataract, congenital glaucoma, retinoblastoma, lazy eye conditions and squints.
- Klinik Am Oftalmologi
Perkhidmatan yang melibatkan pakar-pakar Oftalmologi, pegawai optometri, pegawai perubatan dan staf-staf kesihatan yang lain. Klinik ini merangkumi perkhidmatan rawatan mata berjulat besar.
- Klinik Glaukoma
Klinik Glaukoma merawat kumpulan penyakit glaukoma dimana tekanan mata yang terlalu tinggi menyebabkan kerosakan saraf mata yang boleh menjejaskan penglihatan. Menyediakan rawatan glaukoma secara komprehensif kepada pesakit-pesakit kanak-kanak.
- Klinik dan pembedahan Vitreoretina
Klinik Vitreoretina menyediakan rawatan pembedahan yang melibatkan masalah dan penyakit pada bahagian belakang mata dan retina iaitu lapisan saraf mata. Antaranya adalah retinal detachments dan vitreous hemorrhage.
- Klinik Optometri
Perkhidmatan Optometri menyediakan kepakaran dalam penilaian dan rawatan pesakit yang memerlukan pembetulan optikal. Servis yang diberikan adalah seperti refraksi, kanta lengkap, penglihatan terhad dan rehabilitasi visual, ortoptik, ujian medan penglihatan dan pelbagai ujian lain.
- Klinik saringan Retinopathy Of Prematurity (ROP)
Retinopathy of prematurity (ROP) ialah gangguan retina yang berlaku pada bayi pramatang dengan berat lahir rendah. Ia boleh berlaku secara ringan tanpa kecacatan penglihatan, atau menjadi lebih teruk dengan pembentukan pembuluh darah baru (neovaskularisasi) dan berlanjutan kepada pelepasan retina dan kebutaan. Klinik ini bertujuan untuk membuat saringan ROP ke atas bayi yang lahir pramatang.
- Pusat rujukan utama untuk pengurusan kes kanser mata seperti kanser Retinoblastoma.
- Klinik CVI (Cortical Visual Impairment)
Kecacatan Penglihatan Kortikal (CVI) ialah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kerosakan pada otak, bukannya mata. CVI mengakibatkan masalah dalam memproses isyarat visual, menyebabkan penglihatan terhad atau tidak normal walaupun mata kelihatan sihat. Rawatan melibatkan terapi penglihatan dan strategi adaptif.
ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS | JUMAAT |
---|---|---|---|---|
KLINIK PEDIATRIK OFTALMOLOGI AM | KLINIK PEDIATRIK OFTALMOLOGI AM | KLINIK SARINGAN ROP | KLINIK PEDIATRIK OFTALMOLOGI AM | HARI PEMBEDAHAN |
HARI PEMBEDAHAN
SETIAP 2 MINGGU SEKALI | KLINIK STRABISMUS | HARI PEMBEDAHAN |
- 85% pesakit mempunyai masa menunggu untuk mendapat konsultasi petugas kesihatan selama 90 minit dan kebawah.
- Masa menunggu : Jumlah masa dimana pesakit telah tamat membuat pendaftaran sehingga berjumpa dengan petugas kesihatan pertama untuk menjalani pemeriksaan samada pegawai optometri, paramedik atau pegawai/pakar perubatan
- Setiap pesakit diberi konsultasi berdasarkan ilmu dan kemahiran yang tinggi.
- Semua pesakit diberi layanan professional yang penuh dengan rasa hormat, empati dan budi pekerti.
- Pesakit akan diberi kaunseling tentang keselamatan dan kesesuaian rawatan, prosedur dan rehabilitasi penyakit mata.