ORTOPEDIK
PENGENALAN
Jabatan Ortopedik Pediatrik, Hospital Tunku Azizah merupakan unit yang berdedikasi dalam menguruskan kes Trauma Muskuloskeletal dan kes Ortopedik am pada pesakit yang berumur kurang daripada 18 tahun.
2. LATAR BELAKANG
Jabatan ini bermula sebagai sebuah Unit di Jabatan Ortopedik & Traumatologi di Hospital Kuala Lumpur. Kemudianya berpindah ke Hospital Tunku Azizah bermula daripada Februari 2019, dan dikenali sebagai Jabatan Ortopedik Pediatrik.
3. VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI –
Jabatan Ortopedik Pediatrik haruslah menjadi sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembelajaran berterusan dan kajian yang optimum di dalam Bidang Ortopedik
MISI –
1) Menyediakan Perkhidmatan Ortopedik Pediatrik yang optimum kepada semua pelanggan
2) Memberikan peluang peningkatan kerjaya dan pendidikan berterusan dalam bidang Ortopedik Pediatrik kepada pengamal perubatan
3) Melaksanakan kajian yang berkaitan bidang Ortopedik Pediatrik
OBJEKTIF & FUNGSI JABATAN
1) Memberikan perkhidmatan perawatan Ortopedik Pediatrik yang komprehensif dan berkualiti
2) Menyediakan rawatan Ortopedik Pediatrik dengan kerjasama dari jabatan lain yang berkaitan,bagi mencapai penjagaan dan perawatan yang terbaik.
3) Menyediakan system pendidikan yang sesuai untuk pelbagai kumpulan
kakitangan perubatan
4) Mengendali dan menganjurkan kajian yang sistemik dalam bidang Ortopedik
Pediatrik.
Jabatan Ortopedik Pediatrik Hospital Tunku Azizah menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam rawatan pesakit luar dan dalam, rawatan kecemasan berkaitan Ortopedik Pediatrik.Jabatan ini juga menjadi pusat pembelajaran bagi Doktor Pelatih Kepakaran, Doktor Pelatih dan juga Pos Basik Perawatan Ortopedik.
HARI | Aktiviti | Masa | Fasiliti |
---|---|---|---|
ISNIN | 1. Rondaan wad 2. Pembedahan elektif 3. Klinik Pakar Tangan | 8.00AM –10.00AM 8.00AM – 5.00PM 2.00PM – 5.00PM | Wad 11D Dewan Bedah tingkat 5 Klinik Ped tingkat 3 |
SELASA | 1.Rondaan wad 2.Klinik trauma ped 3 Klinik Pakar Tulang Belakang / Tumor 4. Cme/ perbincangan pra pembedahan | 8.00AM – 10.00AM 8.00AM – 2.00PM 2.00PM – 5.00PM 2.30PM – 5.00PM | Wad 11D Klinik Ped tingkat 3 Klinik Ped tingkat 3 Wad 11D |
RABU | 1. Rondaan wad 2. Klinik kongenital Ped | 8.00AM – 10.00PM 8.00AM – 5.00PM | Wad 11D Klinik Ped tingkat 3 |
KHAMIS | 1. Rondaan wad 2. Klinik CTEV 3. Pembedahan elektif ( selang seminggu ) | 8.00AM – 10.00AM 8.00AM – 5.00PM 8.00AM – 5.00PM | Wad 11D Klinik Ped tingkat 3 Dewan Bedah tingkat 5 |
JUMAAT | 1. Rondaan wad 2. Pembedahan elektif ( selang seminggu ) 3.Ta tenotomy (bius luar) | 8.00AM – 10.00AM 8.00AM – 5.00PM 8.00AM – 5.00PM | Wad 11D Dewan Bedah tingkat 5 Klinik Ped tingkat 3 |
SABTU | Pembedahan elektif | Sekali dalam sebulan berdasarkan jadual ditetapkan | Dewan Bedah tgkat 5 |
SETIAP HARI | Tugas atas panggilan Rujukan dari jabatan kecemasan Pembedahan kecemasan Rujukan dari wad wad lain di HTA | 24JAM
24JAM | Jabatan Kecemasan HTA
Wad 11 D |
1. Pesakit akan dirawat oleh doktor kurang dari 30 minit selepas kemasukan ke wad
2. Pesakit akan dirawat sekali sekurang-kurangnya oleh doktor pakar selama berada di wad
3. Pesakit baru akan diberikan temujanji dalam masa 14 hari bekerja.
4. Pesakit akan mendapatkan rawatan yang berkualiti & komprehensif serta penerangan yang jelas berkaitan prosedur yang dilakukan.
5. Segala maklumat berkaitan penyakit dan rawatan pelanggan akan dirahsiakan kecuali atas keizinan pesakit dan urusan perundangan.