PATOLOGI

PENGENALAN

Jabatan Patologi merupakan salah satu jabatan klinikal di HTA, dan terdiri daripada dua (2) unit iaitu Unit Patologi Diagnostik dan Unit Genetik. 

1) Unit Patologi Diagnostik memiliki 4 makmal utama iaitu: 

a. Makmal Teras/ Patologi Kimia 

b. Hematologi Khas

c. Molekular Hematologi & Stem Sel

d. Mikrobiologi Perubatan

2) Unit Makmal Genetik memiliki 3 makmal utama iaitu:

a. Sitogenetik

b. Molekular Genetik

c. Biokimia Genetik (IEM)

Jabatan Patologi mula beroperasi pada 11 Februari 2019 dan kini mempunyai 116 kakitangan makmal dari pelbagai kategori.

HTA merupakan salah satu hospital rujukan kebangsaan oleh itu, Jabatan Patologi HTA merupakan makmal diagnostik rujukan untuk hospital, klinik dan makmal dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dan institusi kerajaan yang lain.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi ujian untuk menyaring, mendiagnosis, stratifikasi risiko, prognosis dan memantau perkembangan penyakit bagi memastikan pengurusan pesakit yang lebih baik dan cemerlang. Jabatan ini juga terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti hospital, memberikan latihan dan menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan patologi, bidang genetik diagnostik dan bidang klinikal yang lain.

Jabatan Patologi menggunakan Sistem Maklumat Makmal, yang merupakan sebahagian daripada Sistem Maklumat Hospital bagi memastikan keputusan yang cepat dan tepat disampaikan kepada pelanggan.

2)VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Jabatan Patologi akan menyediakan perkhidmatan diagnostik yang tepat dan cepat, termasuk perundingan dalam pelbagai aspek patologi dan menjadi pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam diagnostik patologi dan genetik.

 MISI

Menyediakan perkhidmatan patologi yang berkualiti tinggi memenuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa, dengan komitmen sebagai pusat rujukan kebangsaan dan pusat latihan yang terunggul dalam penyelidikan dan pendidikan.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1) Menyediakan perkhidmatan yang terbaik termasuk memberikan diagnosis dengan menggunakan teknologi terkini dan menyediakan khidmat perundingan di dalam bidang patologi    dan genetik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2) Memastikan bahawa semua ujian dan aktiviti yang berkaitan dijalankan bersesuaian dengan amalan terbaik mengikut prosedur yang didokumentasikan dengan menggunakan metodologi dan teknologi yang sesuai

3) Memastikan semua kakitangan makmal kompeten dan mematuhi dasar dan prosedur, garis panduan, piawaian dan peraturan

4) Menyediakan perkhidmatan patologi mengikut MS ISO 9001 dan MS ISO 15189

5) Memberi latihan dalam kemahiran klinikal, teknologi dan analitikal untuk kakitangan, pelatih dan kakitangan makmal dari institusi dalam dan luar negara.

6) Menjalankan dan membantu bidang penyelidikan dan perkembangan dalam perkhidmatan patologi dan bidang klinikal lain yang berkaitan

Image

PERKHIDMATAN

Jabatan Patologi menyediakan perkhidmatan diagnostik dan perundingan dalam bidang patologi dan genetik seperti berikut:

1) Patologi Kimia

Ujian yang dijalankan di makmal ini termasuk:

i) Ujian biokimia rutin - renal profile, liver function test, serum bilirubin, arterial blood gases, CSF and body fluid biochemistry, cardiac enzyme, calcium, phosphate, magnesium, uric       acid, glucose.

ii) Biokimia urin – urine FEME, urine microscopic, urine protein creatinine ratio, urine reducing sugar

iii) Endokrin dan Ujian khas - thyroid function test including congenital hypothyroidism screening for newborn, β HCG, Alpha Feto Protein, ammonia and lactate.

iv) Ujian yang tidak disediakan di HTA akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Kesihatan Negara (IKN), Hospital Putrajaya atau Jabatan Kimia Malaysia

2) Hematologi

Ujian yang dijalankan di makmal ini termasuk:

i) Hematologi Rutin – full blood count (FBC), reticulocyte count, PT/INR, APTT, Fibrinogen, D-Dimer, DIVC screening, mixing test, erythrocyte sedimentation rate (ESR), G6PD screening test.

ii) Morfologi – Full Blood Picture (FBP), Bone Marrow Aspirate and Trephine Biopsy, CSF for blast, urine hemosiderin.

iii) Red Cell Disorder - Hb analysis, Kleihauer test, G6PD quantitative assay, Cryoglobulin.

iv) Flositometri - Leukaemia/Lymphoma immunophenotyping, CD4/CD8 enumeration, PNH immunophenotyping, Double Negative T cells enumeration, CD20 enumeration.

v) Specialized Haemostasis & Thrombosis –Semua Coagulation Factor Activity Assays, FVIII and FIX inhibitor assay, VWF profile, Lupus Anticoagulant, Inherited Thrombophilia Panel  (Protein C, Protein S, Antithrombin & APCR), Flow Cytometry for Platelet Receptors.

Ujian yang tidak disediakan di HTA akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Kesihatan Negara (IKN) atau Hospital Ampang.

3) Molekular Hematologi & Stem Cell

Ujian yang dijalankan di makmal ini termasuk:

i) Molekular Onkologi – Mutations/ Translocation Detection in Leukaemia, Molecular BCR::ABL1 Qualitative dan Major BCR::ABL1

ii) Stem Cell transplant - CD34 enumeration, Stem Cell Processing (plasma depletion, red cell depletion, T-cell depletion), stem cells cryopreservation, donor lymphocyte cryopreservation, stem cell/ donor lymphocyte infusion, molecular chimerism analysis

Ujian yang tidak disediakan di HTA akan dihantar ke Institut Kesihatan Negara (IKN) atau Hospital Ampang.

NO
MAKMAL
WAKTU PERKHIDMATAN
EXT
1
Makmal Teras/ Patologi Kimia 
a. Hematologi Rutin 
b. Patologi Kimia Rutin 
c. Patologi Kimia Khas
24 jam 
24 jam 
Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm)
2137 
2133, 2134 
2140
2
Hematologi 
a. Hematologi Khas 
b. Haemostasis Khas & Thrombosis
Waktu Pejabat (7.30am –5.30pm) 
Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm)
2141 
2139
3
Molecular Haematology & Stem Cell 
a. Molecular Haematology 
b. Stem Cell
Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm) 
Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm)
2170, 2171 
2144
4
Mikrobiologi Perubatan
Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm) kecuali blood culture, CSF, Sterile Body fluid, BFMP, urine C&S
2148
5

Genetik 

a. Sitogenetik 

b. Molekular Genetik 

c. Biokimia Genetik (IEM)

Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm) 
Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm) 
Waktu Pejabat (7.30am – 5.30pm)
2085, 1136 1134 
1132
  • Semua pesakit yang memerlukan Perkhidmatan Anestesia akan dilayan dalam jangka masa yang bersesuaian.
  • Semua pesakit untuk anestesia akan dilihat oleh Pakar Anestesia sebelum pembedahan dan diberikan konsultasi dan nasihat yang sesuai. Mereka akan menerima anestesia yang selamat, kelegaan kesakitan yang mencukupi dan penjagaan selepas pembedahan seperti rawatan kritikal jika diperlukan.
  • Pesakit O&G yang kritikal yang memenuhi kriteria kemasukan akan menerima pengurusan rawatan kritikal di AICU.
  • Ahli keluarga akan dimaklumkan tentang perkembangan pesakit secara berkala

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas