PEMBEDAHAN PEDIATRIK

Pengenalan

 Jabatan Pembedahan Pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA) merupakan Kepakaran Perubatan Klinikal yang merawat pesakit pediatrik berumur 12 tahun dan ke bawah,serta memerlukan pembedahan. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit yang mengalami masalah kongenital yang memerlukan rawatan dan pembedahan susulan sehingga mereka berumur 18 tahun dan pesakit Pediatrik Onkologi. Pembedahan Pediatrik merupakan satu bidang pembedahan yang sangat luas di mana ia melibatkan semua jenis pembedahan dari pelbagai peringkat umur iaitu dari peringkat bayi baru lahir (neonatal) sehingga remaja (adolescent). Klasifikasi pembedahan mengikut organ manusia pula adalah; abdomen dan saluran pemakanan termasuk esofagus, perut, usus dan kolorektal, toraks dan saluran pernafasan melibatkan paru-paru, leher dan saluran darah (vessels) serta genitalia kongenital. Selain itu, kes-kes pembedahan lain akibat trauma dan kemalangan, jangkitan kuman dan sepsis juga di rawat oleh jabatan ini. Jabatan Pembedahan Pediatrik amat bekerjasama dengan pelbagai disiplin lain bagi memberikan rawatan dan penjagaan yang terbaik kepada pesakit.

Latar Belakang

 Jabatan Pembedahan Pediatrik telah diwujudkan pada tahun 1991, sejak penubuhan Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Sebanyak 2 Wad Pembedahan Pediatrik dan 1 Wad Neonatal (Gunasama) telah diperuntukkan kepada Jabatan bagi memberikan rawatan penjagaan pembedahan kepada pesakit pediatrik di sekitar Lembah Klang. Sejak itu, hasil sokongan daripada pelbagai sub-kepakaran Pediatrik yang lain, perkhidmatan Pembedahan Pediatrik ini telah menunjukkan kemajuan di dalam perawatan pesakit terutamanya kadar penurunan kes kematian dikalangan bayi yang memerlukan pembedahan. Selain itu jabatan ini juga telah berjaya melakukan pembedahan yang kompleks seperti pembedahan pemisahan kembar siam yang pertama pada tahun 1995.

Pada Julai 2019, Jabatan Pembedahan Pediatrik telah berpindah dari Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur ke Hospital Tunku Azizah, bermula dengan perpindahan Klinik Pakar pada bulan Februari 2019. Perkhidmatan jabatan ini juga terus berkembang, dengan kejayaan melakukan pembedahan pemindahan hati (Liver Transplantation) yang pertama di sini pada Disember 2020. Amat membanggakan lagi, Jabatan ini telah menjadi pusat rujukan kebangsaan untuk kes-kes pembedahan kompleks.

Perkhidmataan Jabatan Pembedahan Pediatrik semakin berkembang saban tahun. Selain menjadi pusat rujukan, ia juga merupakan pusat latihan bagi pelajar menjalani latihan sangkutan program Ijazah Perubatan, Pasca Siswazah (Sarjana Pembedahan Pediatrik dan Sarjana Pembedahan), program sub-kepakaran Pembedahan Pediatrik, serta Program Diploma Lanjutan Jururawat dari seluruh negara.

Aktiviti pendidikan untuk Kakitangan Perubatan juga sering dianjurkan oleh Jabatan untuk mendidik tentang penyakit dan rawatan pembedahan. Program diperingkat antarabangsa juga telah berjaya dianjurkan seperti ASEAN Society of Pediatric Surgeons (ASPS) Congress dan Asia Pacific Association of Pediatric Urologists (APAPU) Congress di mana penganjuran ini adalah dengan kerjasama Persatuan Pembedahan Pediatrik Malaysia (Malaysian Association of Pediatric Surgery, MAPS). Terdapat juga program lain anjuran MAPS dan telah melibatkan kerjasama secara aktif dari Jabatan Pembedahan Pediatrik HTA.

Visi

Untuk menjadi pusat rujukan kes Pembedahan Pediatrik yang bertaraf dunia yang terkemuka di Malaysia.

Misi

Untuk memberi penjagaan profesional, holistik dan berkualiti melalui kerjasama sambil memupuk pendidikan berterusan untuk semua pesakit Pembedahan Pediatrik dan keluarga mereka.

Objektif

Untuk menawarkan perkhidmatan pembedahan kanak-kanak yang berkualiti melalui:

  • Rawatan pembedahan pediatrik am termasuk pembedahan kecemasan dan kes pembedahan elektif pada kanak-kanak.
  • Memberi penjagaan Pembedahan Pediatrik Khusus, termasuk Pembedahan Onkologi, Urologi Pediatrik, Pemindahan Hati, Neonatal Kompleks dan Pembedahan Toraks.
  • Kerjasama dengan kepakaran lain seperti pediatrik dan sub-kepakarannya, anestesiologi, radiologi, patologi, ortopedik, pembedahan plastik dan lain-lain.
  • Memberi nasihat dan rawatan bersama dengan pesakit yang dirujuk dari pusat rujukan lain.
  • Pengauditan dan aktiviti kualiti untuk meningkatkan rawatan.
  • Inovasi seiring dengan kemajuan dalam bidang Pembedahan Pediatrik dari peringkat antarabangsa.

Untuk menyediakan penjagaan holistik kepada pesakit dan keluarga mereka dengan:

  • Melibatkan ibu bapa dalam keputusan bersama mengenai rawatan anak mereka.
  • Menjalankan penjagaan mengikut piawaian profesional dan beretika.
  • Melaksanakan amalan mesra kanak-kanak.
  • Menggalakkan rawatan bersama dengan ibu bapa kanak-kanak yang sakit.
  • Mendidik dan menyokong amalan kesihatan dan keselamatan untuk mencegah penyakit dan kecederaan.

Untuk memupuk pembangunan kakitangan termasuk Pakar, Pegawai Perubatan dan Jururawat melalui:

  • Menggalakkan tingkah laku profesional dan kerja berpasukan.

  • Aktiviti dan program pendidikan berterusan.

  • Latihan pembedahan pelajar Lepasan Ijazah serta bakal Pakar Bedah Pediatrik.

  • Latihan Pembedahan sub-kepakaran dalam Onkologi Pembedahan, Urologi Pediatrik, Pemindahan Hati, dan bidang lain.

  • Mempromosikan dan menjalankan aktiviti penyelidikan.

 

Image

Perkhidmatan

1. Rawatan pesakit Pembedahan Pediatrik secara secondary outpatient (rujukan daripada pusat lain).

2. Rawatan pesakit Pembedahan Pediatrik secara inpatient termasuk perkhidmatan Pembedahan Neonatal, Onkologi, Urologi, Hepatobiliari dan Pemindahan Hati.

3. Pembedahan elektif termasuk pembedahan jagaan harian.

4.  Pembedahan Kecemasan.

5. Rawatan rangkaian bersama (co-manage care network) dengan menyediakan perkhidmatan lawatan termasuk                      melakukan Pembedahan Elektif dan Kecemasan di pusat kesihatan lain.

5. Latihan pelajar Paediatric Surgery Masters.

6. Latihan pelajar General Surgery Masters  dan disiplin lain yang menjalani Latihan Sangkutan Pembedahan Pediatrik.

7. Latihan Jururawat dalam Kursus Diploma Lanjutan Pediatrik / Perioperatif dan Penolong Pegawai Perubatan (AMO)               untuk memudahkan pengendalian pusat Pembedahan Pediatrik.

8.  Memberi nasihat kepada pentadbir hospital dan Kementerian Kesihatan mengenai perkara yang berkaitan dengan                 Pembedahan Pediatrik.

9.  Menjalani aktiviti jaminan kualiti dan penyelidikan klinikal.

HARI
MASA
KLINIK
ISNIN
09.30 AM - 01.00 PM



02.00 PM - 05.00 PM
Biliary atresia 

Complex Urology (bladder exstrophy, cloacal anomalies, complex hypospadias) 

General Paediatric Surgery (new cases) 
SELASA
02.00 PM - 05.00 PM
General Paediatric Surgery (including hepatobiliary and choledochal cyst) 


Bowel Surgery (anorectal malformations, Hirschsprung’s disease, enterostomy, gastrostomy)
RABU
09.30 AM - 01.00 PM
Paediatric Surgery Daycare cases (inguinal hernia, undescended testis, cutaneous swellings and cyst) 

Hypospadias (post-op follow-up)
KHAMIS
09.30 AM - 01.00 PM
Paediatric Surgery Daycare cases (inguinal hernia, undescended testis, cutaneous swellings and cyst)


JUMAAT
09.30 AM - 01.00 PM
General P3aediatric Surgery (including hepatobiliary and choledochal cyst) 

Neonates (bowel atresia, esophageal atresia, omphalocele) 

Oncology (post-op follow-ups)

JADUAL BILIK PEMBEDAHAN

HARI
MASA
KES
SELASA
09.00 AM - 04.00 PM
Complex Urology 
Daycare cases 
General cases / Oncology
RABU
09.00 AM - 04.00 PM
Oncology 
Urology 

1 senarai pembedahan general setiap minggu 1st, 3rd & 5th setiap bulan.
KHAMIS
09.00 AM - 04.00 PM

General cases 

Daycare cases

Central venous line

Piagam Pelanggan

1) Semua pelanggan dan keluarga mereka akan dilayan dengan baik, sopan, dan hormat.

2) Semua pelanggan dan keluarga mereka akan menerima maklumat yang diperlukan mengenai peraturan wad semasa            kemasukan.

3) Semua pelanggan akan diperuntukkan katil dalam masa 30 minit.

4) Semua pelanggan semasa kemasukan akan dihadiri oleh Pegawai Perubatan dalam masa 60 minit.

5) Semua pelanggan semasa kemasukan akan dihadiri oleh Pakar dalam tempoh 24 jam selepas kemasukan.

6) Semua pelanggan yang sakit kritikal akan dirawat dengan segera oleh doktor.

7) Semua kerahsian pelanggan akan dihormati. Sebarang maklumat mengenai pelanggan dan rawatan mereka adalah sulit      dan hanya akan dikongsi dengan kakitangan yang berkenaan mengikuti piawaian dan peraturan hospital.

8) Semua pelanggan dan keluarga mereka akan menerima maklumat yang diperlukan mengenai penyakit, rawatan dan             prosedur yang diperlukan termasuk faedah dan risikonya.

9) Semua pelanggan akan dimaklumkan rancangan tentang discaj mereka lebih awal.

10) Semua pelanggan, selepas discaj akan diberikan; kad dengan tarikh susulan, ringkasan pelepasan, surat rujukan jika            perlu, slip caj hospital dan pendidikan kesihatan.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas