PEMBEDAHAN PLASTIK DAN REKONSTRUKTIF
Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif adalah merupakan pusat rujukan dan kemahiran di dalam bidang pembedahan plastik dan rekonstruktif.
Pada Julai 1970,Dr S.Kandiah, menjalankan kes pembedahan plastik yang pertama di bawah kelolaan Jabatan Orthopaedik,
Klinik pembedahan plastik pertama kali dijalankan pada 13 julai 1970.Selepas itu,banyak perubahan dan kemajuan yang telah di lakukan di bawah kendalian Datuk Dr Ahmad Ridzwan Arshad.
Sejak dari tahun 2006, Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif dikendalikan oleh Madam (Dr) Normala Hj Basiron sehingga Jun 2023. Kini, Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif telah di ambil alih oleh Mr (Dr) Mohammad Ali b. Mat Zain.
Unit Burn HKL telah diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pembedahan Plastik sejak 2 Julai 2018.
Selepas penubuhan Hospital Tunku Azizah (HTA) pada 2019, PRS HKL telah menyokong perkhidmatan pembedahan plastik pediatrik di wad pelbagai disiplin 11B HTA. Semua kes pediatrik dari HKL akan diuruskan oleh Pembedahan Plastik Pediatrik HTA.
Unit lecur pediatrik membuka pintunya pada tahun 2024 sebagai pusat rujukan serantau untuk rawatan lecur pediatrik.
VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi
1) Menjadi pusat rujukan yang berkualiti tinggi dengan memberi perkhidmatan yang terbaik
2) Untuk menjadi Pusat Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif yang terbaik di Malaysia
3) Untuk menjadi pusat rujukan kepada kes-kes berkaitan pembedahan plastik dan rekonstruktif terutamanya kes-kes kompleks kraniofasial,berkaitan pembedahan flap,mikrosurgeri dan kes melibatkan luka kebakaran.
4) Untuk menyediakan pembelajaran dan latihan berterusan kepada staff kesihatan yang terlibat dalam Bidang Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif.
MISI
1) Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit
2) Memberikan rawatan secara menyeluruh dan berkesan kepada pesakit
OBJEKTIF
1) Memberikan diagnosis,rawatan dan rehabilitasi secara menyeluruh kepada pesakit secara efektif dan berkesan.
2) Memastikan pesakit menerima rawatan yang optimal supaya pesakit dapat sembuh dengan sempurna.
3) Mewujudkan persekitaran yang selamat kepada staf,pesakit dan ahli keluarga.
4) Menyediakan fasiliti yang lengkap bagi memudahkan paramedik,jururawat,pelajar perubatan,pegawai perubatan dan pegawai perubatan dalam program ijazah untuk mendapat latihan yang sempurna
PERKHIDMATAN JABATAN
1) Craniofacial surgery
2) Cleft surgery
3) Tumour resection with flap reconstruction & reconstructive microsurgery
4) Breast surgery
5) Genitalia repair / reconstruction
6) Aesthetic surgery
7) Acute burn & secondary burn reconstruction
8) Correction of congenital deformities
9) Reconstructive surgery post trauma and infection
10) Vascular anomalies
11) Pressure sore surgery
12) Chronic & complex wound closure
13) Insertion of tissue expander
KLINIK | JADUAL |
---|---|
PAEDIATRIC PLASTIC SURGERY CLINIC | SETIAP KHAMIS 8AM – 1PM |
PAEDIATRIC WOUND CLINIC | SETIAP HARI DI WAD 11B 8AM – 5PM |
PAEDIATRIC BURN DAYCARE CLINIC | DRESSING ROOM PBU KECUALI RABU 8AM – 5PM |
COMBINE SCAR CLINIC | PRS KLINIK SCACC HKL SETIAP SELASA 2PM – 5PM |
PIAGAM PELANGGAN
1) Setiap pelanggan akan menerima khidmat pendaftaran yang tepat, cepat dan mengikut giliran yang telah ditetapkan.
2) Setiap pelanggan akan diberi khidmat runding kepakaran dengan layanan mesra dan professional.
3) Setiap pelanggan akan diberi penerangan sewajarnya mengenai prosedur, rawatan dan bayar