PEMULIHAN CARAKERJA

PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Tunku Azizah (HTA) terletak di dalam Pusat Perkembangan kanak-kanak dan Rehabilitasi di Aras 2 bersebelahan dengan Kafeteria.

Fungsi utama unit ini, adalah untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan carakerja kepada pesakit wanita dan kanak-kanak, merangkumi pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk. Terapis Carakerja membantu dalam pemulihan individu yang mengalami limitasi/masalah yang disebabkan oleh kecederaan, kelewatan perkembangan, penyakit (fizikal atau mental), dan penyakit kronik. Matlamat unit ini adalah untuk membantu setiap individu bergerak dari tahap ketidakberdikarian ke tahap yang lebih berdikari bagi mencapai kefungsian yang paling optima dan meningkatkan kualiti hidup melalui penggunaan pelbagai modaliti yang bersesuaian.

Terapis Carakerja menggunakan alat penilaian untuk merancang, untuk mengukur kemajuan/perubahan serta sebagai panduan untuk menjalankan intervensi/rawatan ke atas pelanggan.

VISI, MISI & OBJEKTIF

 VISI

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja hendaklah diamalkan oleh profesional yang berkaliber dan berintegriti yang kompeten, bertanggungjawab, berkesan dan peka terhadap keperluan pelanggan melalui sistem kesihatan yang berkualiti dengan teknologi terkini, latihan, penyelidikan dan perkembangan profesional yang berterusan.

 MISI

Unit Pemulihan Carakerja akan menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti secara berterusan kepada pelanggan yang dirujuk. Pelanggan akan dirawat dalam persekitaran yang kondusif dengan menggunakan teknik dan teknologi yang tersedia. Harga diri pelanggan harus dijaga dan dirahsiakan oleh kakitangan yang professional, penyayang dan kerja berpasukan. Kakitangan perlu mengikuti pendidikan perubatan dan perkembangan professional yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi serta meningkatkan pengalaman mereka.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1) Untuk menilai dan mengenalpasti keupayaan dan masalah berkaitan dengan aktiviti dalam kehidupan seharian dan persekitaran seseorang individu.

2) Untuk merancang objektif rawatan jangka pendek dan jangka panjang. Perancangan haruslah sesuai dengan tahap perkembangan seseorang, minat, peranan, gaya hidup tersendiri dan persekitarannya

3) Untuk menyediakan intervensi terapeutik dan occupation-based.

4) Untuk merangsang keupayaan dalam aktiviti harian dan adaptasi/ perubahan yang bersesuaian dengan keadaan seseorang individu bekerja/bersekolah/di rumah, melaksanakan aktiviti kehidupan dan bersosial. Ini termasuklah mengajar teknik modifikasi dan menyediakan peralatan bantuan yang dapat meningkatkan keberdikarian dalam penjagaan diri, mengurangkan halangan persekitaran dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan.

5) Untuk menggalakkan kerjasama dan koordinasi dengan ahli professional, keluarga, penjaga dan sukarelawan untuk merealisasikan pendekatan holistik.

Image

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang disediakan merangkumi pesakit dalam dan pesakit luar untuk wanita dan kanak-kanak. Perkhidmatan terapi carakerja untuk pesakit luar diberi mengikut temujanji. Setiap pesakit luar yang baru dirujuk perlu membawa borang rujukan /surat rujukan ke Unit Pemulihan Carakerja untuk mendapatkan temujanji.

Perkhidmatan yang disediakan adalah:-

  • Penilaian dan latihan Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)
  • Penilaian dan latihan Instrumental Activities Daily Living (IADL)
  • Penilai dan latihan motor halus/kefungsian tangan
  • Penilaian dan latihan motor kasar/ functional mobility
  • Penilaian dan latihan kognitif
  • Penilaian dan latihan persepsi
  • Penilaian perkembangan kanak-kanak dan merangsang perkembangan kanak-kanak
  • Penilaian dan latihan sensori/ pemprosesan sensori
  • Penilaian dan Latihan kerusi roda
  • Saringan kebolehan memandu
  • Penilaian rumah/sekolah / pekerjaan
  • Penilaian dan Pengurusan Tingkah Laku
  • Terapi low vision
  • Alat bantuan dan adaptasi
  • Terapi tekanan (compression therapy)
  • Latihan skil sosial
  • Pendidikan pesakit dan penjaga
  • Penilaian dan latihan play and leisure
  • Terapi relaksasi/pengurusan stres
  • Splint
  • Penilaian dan latihan skil pra sekolah/sekolah
HARI
WAKTU
ISNIN-KHAMIS
8.00 AM – 1.00 PM 
1.00 PM- 2.00 PM (Rehat) 
2.00 PM – 5.00 PM
JUMAAT
8.00 AM – 12.15 PM 
12.15 pm- 2.45 PM (Rehat) 
2.45 PM – 5.00 PM

PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional:

1) Tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.

2) Dengan telus, mesra, bertimbang rasa dan bersopan santun.

3) Dalam persekitaran yang sihat dan harmoni serta diberi peluang untuk membuat keputusan tentang pengurusan rawatan.

4) Dengan diperjelaskan perihal dan status penyakit, pelan rawatan dan risiko serta rawatan alternative.

5) Dengan memastikan hal-hal peribadi/sulit pesakit dipelihara dan dirahsiakan.

6) Serta diberi peluang untuk mengemukakan maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan.

Untuk melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:

a) Mematuhi peraturan hospital.

b) Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab.

c) Mematuhi kepada pelan rawatan yang diberi.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas