PENYELIAAN HOSPITAL

PENGENALAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan (UPPPP) adalah satu kompenan di bawah pengurusan hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, berkualiti dan cemerlang dalam perkhidmatan rawatan, keselamatan dan keselesaan pesakit oleh warga kerja terlatih, kompeten, komited dan profesional yang mengutamakan pelanggan.

LATAR BELAKANG

UPPPP menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan pinjaman kerusi roda, transportasi gas perubatan, sokongan klinikal kepada pelbagai jabatan serta menyelaras, mengurus dan mengawal selia mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Hospital Tunku Azizah.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Menyediakan perkhidmatan penyeliaan klinikal yang kompeten dan berdedikasi kepada PPP dan PPK agar setiap aktiviti perkhidmatan yang diberikan adalah secara profesional, berdedikasi, komited, berhemah tinggi dan efektif yang memenuhi keperluan pelanggan seterusnya menyumbang terhadap peningkatan taraf kesihatan kesihatan rakyat di Malaysia.

 MISI

Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh PPP dan PPK dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti                     sepanjang masa;

2. Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di suatu unit atau j         abatan mengikut kepentingan perkhidmatan;

3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek atau panjang secara berterusan dan berkesan kepada            anggota di bawah seliaan; dan

4. Mengimplikasikan kursus tahap satu (1) dan tahap dua (2) kepada semua PPK di Hospital Tunku Azizah.

Image

1) Perkhidmatan Pinjaman Kerusi Rosa

2) Pekhidmatan Transportasi Gas Perubatan

1. Menjalankan program orientasi kepada anggota (PPP dan PPK) lantikan baharu dan pindah masuk dalam tempoh satu (  (1) minggu sebelum penempatan anggota.

2. Anggota ditempatkan di jabatan/unit/wad mengikut latihan kinikal yang ada dan mengikut keperluan dan kepentingan  perkhidmatan.

3. Membantu semua PPP dan PPK dalam segala urusan sumber manusia.

4. Menyelaras permohonan pembaharuan tahunan Sijil Perakuan Pendaftaran dalam kalangan PPP.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas