PERGIGIAN PEDIATRIK
Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan salah satu Klinik Kepakaran yang terletak di tingkat 3 Hospital Tunku Azizah. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian yang menyeluruh kepada pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan tertiari di Malaysia.
LATAR BELAKANG
Jabatan Pergigian Pediatrik telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan beroperasi di bangunan lama yang bernama Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Ia adalah Klinik Pergigian Pediatrik yang pertama di Malaysia.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan pergigian kanak-kanak dengan memberikan perkhidmatan pergigian yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang mampu diperolehi, berteknologi, sesuai dan mesra pelanggan selaras dengan perkembangan sosio-ekonomi negara.
MISI
Mempertingkatkan kualiti kehidupan di kalangan kanak-kanak melalui promosi kesihatan pergigian dan memberi perkhidmatan kesihatan pergigian yang berkualiti dan professional mengikut keperluan pesakit dengan menggunakan teknologi pergigian yang bersesuaian dan terbaru.
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
1) Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian promotif, pencegahan, kuratif dan rehabilitatif kepada pesakit kanak – kanak terutamanya yang berkeperluan khas.
2) Menyediakan rawatan pergigian dan penjagaan kesihatan mulut yang komprehensif kepada semua kes yang dirujuk dan menjadikan pesakit orally-fit tanpa tanda dan gejala penyakit mulut yang aktif.
3) Memberi latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota profesional dan paramedik sama ada melalui Pendidikan Perubatan Berterusan, Pembangunan Profesional Berterusan, Latihan Dalam Perkhidmatan, Kursus Asas dan Kursus Pos Basik serta melalui Pembelajaran Jarak Jauh.
4) Menjalankan kajian-kajian dan penglibatan secara aktif dalam penyelidikan berkaitan perawatan pesakit dan perkhidmatan kesihatan
Kami memberi khidmat kesihatan pergigian yang menyeluruh dan teraputik kepada kanak-kanak, termasuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah kesihatan, masalah ketidakupayaan secara fizikal, dan/atau masalah mental.
Rawatan pergigian akan diberi mengikut kesesuaian pesakit, sama ada di klinik
(rawatan bawah sedasi oral atau nitrous oxide) ataupun di Dewan Bedah ( rawatan bawah bius umum).
Selain itu, kami juga memberi perkhidmatan berikut:
1) Rawatan pembedahan
2) Rawatan ortodontik interseptif
3) Rawatan kecederaan orofacial
4) Rawatan prostetik
5) Klinik Bersepadu ( Paediatric Dental and Orthodontic Combined Clinic, Vascular Malformation clinic with interventional radiologist)
HARI | WAKTU | KLINIK |
---|---|---|
ISNIN, RABU | 8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm | JANJI TEMU |
SELASA, KHAMIS | 8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm | RUJUKAN BARU |
JUMAAT | 8.00am – 12.15pm 2.45pm – 5.00pm | JANJI TEMU |
Untuk kes-kes kecemasan, sila hubungi klinik untuk bantuan lanjut.
PIAGAM PELANGGAN
Sebagai seorang pesakit, anda berhak untuk:
1) Dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ihklas.
2) Dimaklumkan berkenaan prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko, rawatan alternatif dan bayaran yang dikenakan.
3) Menjalankan ujian tambahan dan dirujuk ke jabatan/unit tertentu jika perlu.
4) Menolak untuk menerima rawatan atau menjalani sebarang ujian.
5) Diberi maklumat mengenai aspek penting kesihatan pergigian dan pencegahan penyakit pergigian.
6) Diberi perkhidmatan pergigian sehingga rawatan selesai bagi kanak-kanak golongan istimewa dan keperluan khas.
7) Segala butir peribadi berkenaan pesakit adalah dianggap sulit dan perlu dirahsiakan.
Sebagai pesakit adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.