PERUBATAN PEDIATRIK

Jabatan Pediatrik merupakan salah satu komponen Hospital Tunku Azizah. Ia menawarkan penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan untuk pesakit dalam dan luar bagi kanak-kanak dan remaja dari lahir hingga berumur 18 tahun. Jabatan Pediatrik HTA menjadi pusat rujukan negara untuk pelbagai bidang sub-kepakaran yang disediakan.

Jabatan Pediatrik HTA juga berfungsi sebagai pusat latihan bagi Pakar Pediatrik, Pegawai Perubatan dan Paramedik dalam bidang pediatrik serta 16 sub-kepakaran. Selain itu, jabatan menjalankan penyelidikan klinikal dan projek jaminan kualiti      (Quality Assurance) dalam bidang Pediatrik.

LATAR BELAKANG

Jabatan Pediatrik asalnya dikenali sebagai Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Ia menjadi salah satu organisasi di bawah Hospital Tunku Azizah apabila hospital ditubuhkan pada tahun 2019.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Jabatan Pediatrik akan menjadi pusat kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak, pendidikan dan penyelidikan melalui pasukan yang memberi perkhidmatan profesional yang mengutamakan pelanggan.

MISI

Jabatan Pediatrik akan menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti yang:

  • Responsif kepada orang ramai, pesakit dan keperluan pekerja
  • Diberi oleh pasukan personel yang mahir, inovatif, komited dan prihatin
  • Melibatkan perkongsian dengan individu dan masyarakat bagi promosi kesihatan
  • Akan merancang pendidikan dan pembangunan profesional
  • Mengendalikan penyelidikan bioperubatan

OBJEKTIF JABATAN

  • Jabatan Pediatrik akan memberi khidmat rawatan yang berpandukan nilai-nilai kemanusiaan yang menitikberatkan pelanggan dan merangkumi aspek-aspek promotif, pencegahan, penyembuhan dan pemulihan melalui teknologi terkini.
  • Memberi khidmat pendidikan kesihatan kepada pelanggan dan menjalankan pendidikan asas dan kepakaran serta pendidikan berterusan kepada kakitangan untuk kemajuan profesionalisme.
  • Menerapkan budaya kerja cemerlang, suasana dan persekitaran yang mesra untuk kanak-kanak, keluarga dan kakitangan amnya.
  • Menjadi pusat rujukan negara bagi kesihatan kanak-kanak dan pendidikan untuk pesakit, ibu bapa, penjaga dan isu berkaitan kanak-kanak.
  • Menjadi sebuah Pusat Penyelidikan Klinikal yang ulung.


FUNGSI JABATAN

1) Memberi rawatan yang berkualiti dan menyeluruh kepada semua golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

2) Memberi rawatan kepada kanak-kanak yang memerlukannya di Klinik Pesakit Pakar, wad dan rawatan harian.

3) Memberi rawatan sub-kepakaran kepada pesakit di Hospital Tunku Azizah dan khidmat perundingan sub-kepakaran  kepada hospital-hospital dan klinik-klinik yang memerlukannya.

4) Memberi rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi, Unit Penjagaan Pergantungan Tinggi dan Unit Rawatan Rapi bayi.

5) Menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai di peringkat institut dan masyarakat untuk meningkatkan mutu kesihatan kanak-kanak dan mencegah penyakit di peringkat keluarga dan masyarakat.

6) Menjadi Pusat Kecemerlangan dalam Bidang Pediatrik dan memberi pendidikan di peringkat Diploma Lanjutan, kakitangan Separa Perubatan, Pegawai Perubatan dan Pakar Pediatrik untuk mempertingkatkan perkhidmatan yang     disediakan dalam Bidang Pediatrik dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

7) Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada institusi-institusi dan badan-badan yang bertanggungjawab ke atas peningkatan kesihatan kanak-kanak seluruh negara.

8) Meningkatkan kesihatan kanak-kanak di seluruh negara dengan mengambil peranan utama dalam usaha memperkembangkan semua Bidang Kepakaran Pediatrik.

9) Menjalankan penyelidikan klinikal dan projek jaminan kualiti dalam Bidang Pediatrik

Image

Jabatan Pediatrik HTA menawarkan perkhidmatan wad Pediatrik, wad Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Klinik Pakar Pediatrik dan Rawatan Harian. Selain mengendalikan kes-kes Pediatrik Am, Jabatan Pediatrik HTA menyediakan perkhidmatan sub-kepakaran termasuk unit.

  • Neonatologi,
  • Perubatan remaja,
  • Kardiologi pediatrik,
  • Dermatologi pediatrik,
  • Perkembangan kanak-kanak,
  • Endokrin pediatrik,
  • Gastroenterologi pediatrik,
  • Hematologi dan onkologi pediatrik serta ‘stem cell transplant’,
  • Penyakit berjangkit pediatrik dan immunologi klinikal
  • Rawatan rapi pediatrik,
  • Nefrologi pediatrik & pemindahan renal,
  • Neurologi pediatrik,
  • Neurodisabiliti & rehabilitasi kanak-kanak,
  • Paliatif kanak-kanak
  • Respiratori pediatrik

 

 PIAGAM PELANGGAN

1) Semua pelanggan dan keluarga yang menerima rawatan di Jabatan Pediatrik akan dilayan dengan mesra dan segera.

2) Pesakit tenat dan kes kecemasan akan diperiksa oleh doktor dengan kadar segera.

3) Pelanggan yang dimasukkan ke dalam wad akan ditempatkan di katil dalam masa ½ jam dan diperiksa oleh doktor  dalam masa satu jam selepas kemasukan.

4) Orientasi wad dan peraturan hospital bagi pesakit dalam wad akan diberi dalam masa dua jam selepas kemasukan.

5) Doktor pakar akan memeriksa pesakit sekurang-kurangnya sekali sebelum didiscaj dari hospital

6) Tahap imunisasi setiap pelanggan akan dinilai dan diberi imunisasi sekiranya perlu

7) Pelanggan di Klinik Pakar Pediatrik akan dilayan oleh kakitangan klinik dalam masa ½ jam selepas didaftarkan.

8) Pelanggan dan ibu bapa akan diberi penerangan tentang penyakit yang dihadapi serta diberi pendidikan kesihatan yang perlu.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas