RADIOLOGI

Jabatan Radiologi, Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak), Kuala Lumpur  menyediakan perkhidmatan Radiologi Diagnostik dan Intervensi dengan  mengamalkan perlindungan radiasi berdasarkan Prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) kepada semua pesakit, khasnya untuk wanita Obstetrik dan Ginekologi) dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.

LATAR BELAKANG

Jabatan Radiologi, adalah salah sebuah jabatan klinikal diagnostik di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada

21 Februari 2019.Sebelum beroperasi di hospital baru, jabatan ini adalah salah satu unit di bawah Jabatan Radiologi Hospital Kuala Lumpur yang beroperasi di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur dari tahun 1992.

Jabatan ini dianggotai oleh Pakar Radiologi (Am,Sub-kepakaran Pediatrik dan Pakar Intervensi ), Juru X-ray , Jururawat   dan anggota sokongan yang terlatih khususnya dalam bidang  Radiologi Pediatrik.

Jabatan ini memberi perkhidmatan dengan menggunakan teknologi peralatan yang terkini dan dilengkapi dengan Total Health Information System (THIS), Radiology Information Systems (RIS & PACS) di mana secara keseluruhannya pengurusan pesakit dijalankan dalam suasana ‘tanpa kertas’ dan ‘tanpa filem’.

VISI, MISI & OBJEKTIF

 VISI

Menyediakan perkhidmatan Radiologi Diagnostik dan Intervensi yang cekap, berkesan dan selamat dengan menggunakan modaliti terkini oleh pasukan yang berdedikasi dan terlatih.

 MISI

1) Menyediakan perkhidmatan radiologi yang bermutu dan efisyen oleh pasukan anggota yang penyayang dan profesional.

2) Menggunakan modaliti berteknologi tinggi dan teknik serta prosedur terkini

3) Meningkatkan kemahiran anggota dengan pendidikan perubatan berterusan.

 OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1) Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan penyayang kepada pesakit melebihi keperluan pesakit berdasarkan              piagam pelanggan.

2) Mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan ke       atas pesakit, orang ramai, kakitangan dan peralatan perubatan.

3) Menyediakan perkhidmatan radiologi berdasarkan evidence based medicine

4) Menggalakkan ‘Pendidikan Perubatan Berterusan’, penyelidikan dan aktiviti kualiti kepada semua warga kerja untuk               meningkatkan kemahiran mereka supaya boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik. ( Continuous Professional           Development , Research and Quality Improvement Activities )

5) Mengamalkan ‘Budaya Kerja Cemerlang’ selari dengan polisi kerajaan.

6) Menjadi ‘Pusat Kecemerlangan’ hasil dari mengintegrasikan Teknologi Perhubungan & Maklumat (ICT) dengan                       Kemajuan Teknologi Pengimejan

 

Image

Jabatan kami menyediakan perkhidmatan radiologi kepada pesakit luar, pesakit dalam,pesakit rawatan harian dan pesakit dari jabatan kecemasan Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur, khas untuk wanita (obstetrik dan ginekologi) dan kanak-kanak di bawah umur  12 tahun. Perkhidmatan juga disediakan untuk pesakit jabatan tertentu dari Hospital Kuala Lumpur.Jabatan memberi perkhidmatan 24 jam kepada pesakit terutamanya bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan perawatan segera dan kritikal.

Perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

Perkhidmatan diagnostik

1) Radiografi am

2) Fluroskopi

3) Ultrasound

4) Tomografi berkomputer (CT SCAN)

5) Pengimejan Resonan Magnetik (MRI)

6) Angiografi

7) Dental (OPG and CBCT)

8) Bone Mineral Densitometry (BMD)

Perkhidmatan Radiologi Intervensi

  • Non vascular-contohnya

1) USG guided Hydroststic Reduction of intussuception

2) biopsy

3) drainage

4) percutaneous transhepatic cholangiogram

5) nephrostomy 

  • Vascular-contohnya

1) Cerebra angiography

2) Central venous catheter insertion

3) Embolization

  • Perkhidmatan Mudah Gerak

1) Radiografi Am

2) Ultrasound (Diagnostik dan intervensi)

3) Mobile C arm

  •  Perkhidmatan kecemasan

Perkhidmatan kecemasan disediakan 24jam ( termasuk selepas waktu pejabat, hari minggu dan kelepasan am).

  • LATIHAN DAN PENYELIDIKAN

Jabatan Radiologi, Hospital Tunku Azizah merupakan salah satu pusat latihan radiologi pediatrik untuk:

1) Sub-kepakaran Radiologi Pediatrik

2) Latihan sangkutan radiologi pediatrik untuk sarjana dari universiti awam,

3) Latihan Radiologi Pediatrik untuk ‘parallel pathway’/FRCR.

4) Pakar Radiologi dari hospital kerajaan dan universiti.

5) Pelatih Juru- x ray dan Juru-x ray dari kolej, universiti awam dan hospital kerajaan.

  • Pendidikan Perubatan Berterusan (Continous Medical Education/CME):

 1) Konferen Radiologi di antara jabatan atau disiplin.

2) CME untuk Pakar Radiologi, Pegawai Perubatan dan Juru x-ray.

3) Kursus dalam dan luaran untuk semua kakitangan.

4) Aktiviti penyelidikan dengan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain.

5) Motivasi/taklimat Pagi.


 

JADUAL CME JABATAN

HARI
MASA
PEMBENTANG / TOPIK
ISNIN
8.00 - 9.00AM
PEGAWAI PERUBATAN JUNIOR
RABU
8.00 - 9.00AM
PEGAWAI PERUBATAN SENIOR
8.00 - 9.00AM
JURU-XRAY
JUMAAT
8.15 - 9.15AM
TUTORIAL PEGAWAI PERUBATAN
8.00 - 9.00AM(1 X SEBULAN)
HOSPITAL HTA CME

KLINIKAL KONFEREN JABATAN RADIOLOGI, HTA

Image

Lokasi Jabatan : Aras 1,

Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur

Waktu Operasi Jabatan Radiologi

HARI
MASA
ISNIN - JUMAAT
8.00 AM - 5.00 PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

TUTUP

PERKHIDMATAN KECEMASAN : 24 JAM

1) Pemeriksaan radiografi am dijalankan dalam masa 45 minit dari waktu ketibaan pesakit.Sekiranya tiada apa-apa                   tindakan selepas 30 minit anda didaftarkan, sila berjumpa pegawai yang bertugas di kaunter jabatan

2) Pemeriksaan khas dijalankan secara temujanji kecuali kes-kes kecemasan. Temujanji akan diberikan dalam masa 30             minit selepas menerima permohonan (waktu berkerja) kecuali kes – kes yang memerlukan perbincangan lanjut

3) Laporan untuk pemeriksaan Ultrasound akan disediakan TERUS selepas pemeriksaan dijalankan.

4) Laporan bagi pemeriksaan khas untuk pesakit dalam akan disiapkan dalam masa DUA HARI

5) Laporan bagi pemeriksaan khas untuk pesakit luar akan disiapkan dalam masa EMPAT BELAS HARI

6) Bagi pesakit yang ditakrifkan sebagai dalam kecemasan akan dilayan dengan segera.

Nota: Pemeriksaan khas merujuk kepada semua pemeriksaan radiologi (contohnya CT, US, MRI, Flurosopi) selain dari radiografi am.

Dalam keadaan tertentu di mana pesakit hadir dalam kumpulan yang ramai sekaligus dan sekiranya ada kes-kes kecemasan, masa menunggu ini mungkin akan lebih lama.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas