REKOD PERUBATAN
PENGENALAN
Jabatan Rekod Perubatan (JRP) adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP) fizikal dan elektronik, permohonan Laporan Perubatan (LP), pengurusan statistik, informasi dan semua aspek yang berkaitan dengan fungsi JRP sebagai pengurus maklumat pesakit di hospital. Ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Hospital Tunku Azizah (HTA), JRP memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan hospital. Jabatan ini terletak di Aras 6 bersebelahan Cawangan Teknologi Maklumat.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Mengurus perkhidmatan maklumat perubatan yang cekap, berkesan dan berkualiti melalui kerja berpasukan dan mesra
MISI
Menjadi sebuah jabatan yang berpengetahuan luas,cekap dan berkesan dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam era perkhidmatan sistem Hospital Information System (HIS) dan pemangkin untuk mencapai objektif Hospital Tunku Azizah
OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN
Objektif
1) Mengurus perkhidmatan rekod perubatan dengan cekap dan memenuhi kepuasan pelanggan
2) Mengurus permohonan laporan perubatan dengan efisien untuk pemohon.
3) Mengurus maklumat dan statistik perubatan dengan tepat, boleh dipercayai dan bermutu tinggi.
Fungsi Jabatan
1) Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
2) Pengurusan Penyediaan Laporan Perubatan
3) Pengurusan Maklumat Data Hospital (Statistik)
PERKHIDMATAN
JRP bertanggungjawab ke atas perkhidmatan berikut:
a) Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
i) Penerimaan rekod;
ii) Penjilidan rekod;
iii) Penyimpanan rekod;
iv) Peminjaman rekod;
v) Pengasingan rekod;
vi) Pelupusan rekod; dan
vii) Urusan pengesahan bagi kes bersalin, kematian, kemasukan ke hospital dan sijil cuti sakit.
b) Pengurusan Laporan Perubatan
i) Penerimaan permohonan daripada orang awam, peguam, polis, pihak insuran, PERKESO dan sebagainya;
ii) Menyemak permohonan;
iii) Mendaftar permohonan;
iv) Penyediaan laporan;
v) Mengendalikan Lembaga Perubatan; dan
vi) Mengendalikan semua surat menyurat berkaitan dengan laporan perubatan seperti permohonan dan klarifikasi.
c) Pengurusan Maklumat Data Hospital (Statistik)
i) Menyemak kod pada semua diagnosis dan prosedur (ICD 11, ICD 10 & ICD 9-CM) yang dibuat oleh Pegawai Perubatan bagi setiap pesakit yang discaj.
ii) Menyemak data Pesakit yang diintegrasi daripada HIS ke dalam SMRP 2.0.
iii) Menyediakan Laporan Bulanan bagi Pesakit Luar dan Unit Sokongan Klinikal.
iv) Memastikan data SMRP 2.0 bagi Unit Bersalin, Rawatan Harian dan Unit Forensik sentiasa dikemaskini.
HARI | WAKTU OPERASI |
---|---|
Isnin - Khamis | 8.00pagi – 12.30 tengahari 2.00petang – 4.30 petang |
Jumaat | 8.00pagi – 12.00 tengahari 2.45 petang – 4.00 petang |
Sabtu & Ahad
Cuti Umum & Cuti Khas
| Tutup |
PIAGAM PELANGGAN
- Laporan Perubatan akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Setiap permohonan daftar lewat kelahiran/ kematian akan diproses dalam masa empat belas (14) hari bekerja.
- Setiap pengesahan sijil cuti sakit akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.