SUCIHAMA / CSSU

PENGENALAN

Unit CSSU (Central Sterile Supply Unit) Hospital Tunku Azizah (HTA) adalah satu unit sokongan yang memberi perkhidmatan memproses dan mensteril alatan untuk Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Unit CSSU terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :-

1) Dirty zone washing or decontamination area.

2) Semi sterile zone is the assampling and Packing area.

3) Sterile Zone is sterile store/sterile issue.

4) Clean area – Office, Bulk Store, General Store, Softgood Store etc

 LATAR BELAKANG

CSSU HTA  berasal dari CSSU Satelit Pediatrik dan CSSU Satelit Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur. Pada bulan April 2019, bergabung sepenuhnya CSSU Satelit Pediatrik dan CSSU Satelit Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur berpindah ke HTA.

Pada mula mula pengoperasian CSSU, kakitangannya adalah terdiri dari 1 Penyelia Jururawat (U36),1 Ketua Jururawat (U32),1 Jururawat Terlatih (KUP U32),3 Jururawat Terlatih (U29), 2 Jururawat Masyarakat (U24), 15 Penolong Pembantu Kesihatan (U11) dan 1 Autoclave Operator (H11).

VISI, MISI & OBJEKTIF

 VISI

Menjadi pusat perkhidmatan pensterilan yang cemerlang lagi efektif dan efisien

 MISI

Menyediakan peralatan steril di mana proses pensterilan dijalankan di bawah keadaan terkawal. Matlamat yang paling utama adalah “Barangan yang Betul, Di Tempat Yang Betul, Pada Masa yang Betul, Dalam Keadaan Yang Betul” dan sentiasa menyediakan perkhidmatan tanpa halangan.

 OBJEKTIF AM

Memberi perkhidmatan pensterilan dan membekalkan peralatan steril yang berkualiti untuk kemudahan    pesakit.

OBJEKTIF SPESIFIK

  • Meningkatkan taraf perkhidmatan dan perawatan pesakit dengan penyediaan dan pengendalian peralatan steril disamping mengamalkan teknik aseptik bagi mencegah dan mengelak jangkitan silang.
  • Meningkatkan perawatan pesakit dengan memberi perkhidmatan yang cepat dan tepat.
  • Mengekalkan rekod yang tepat berkaitan dengan keberkesanan cucian,disinfeksi dan proses pensterilan.
  • Mengekalkan inventori yang mencukupi untuk peralatan dan bekalan bahan steril.
  • Beroperasi dengan cekap untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus.
  • Menyelaras proses pensterilan mengikut ‘Standard of Procedure’.
  • Mengekalkan pengawalan pemberian peralatan steril kepada pengguna.
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan berterusan kepada anggota kesihatan dalam bidang pensterilan kearah penambahbaikan mutu perkhidmatan.

 FUNGSI CSSU

i) Menerima peralatan/instrument terpakai yang kotor dari semua wad, klinik pakar dan Dewan Bedah.

ii) Mencuci dan mendekotaminasikan semua peralatan secara manual dan mesin

iii)Memeriksa peralatan dalam keadaan baik serta membungkus atau ‘packing’.

iv) Pensterilan semua peralatan dan consumable akan melalui kaedah “High Temperature Sterilization Process” dan “Low Temperature Sterilization Process.”

v) Penyimpanan peralatan steril dalam stor.

vi) Penghantaran set steril ke wad,klinik pakar dan dewan bedah.

Image

PERKHIDMATAN JABATAN

  • Unit CSSU memberi perkhidmatan memproses alatan kotor dan membekalkan alatan steril kepada Dewan Bedah,Wad dan Klinik Pakar.
  • Penerimaan peralatan kotor dan pembekalan peralatan bersih melalui kaedah sistem kaunter mengikut masa yang ditetapkan.
  • Peralatan kotor dan bersih Dewan Bedah akan dihantar melalui ‘Dumb Waiters’.
  • Unit CSSU mengamalkan sistem pertukaran semula alatan untuk wad dan klinik manakala untuk Dewan Bedah peralatan dikumpul untuk diproses semula dan akan dikembalikan semula.
  • Beroperasi setiap hari dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang
  • Kakitangan ‘on call’ bertugas jika ada kecemasan.
WAD
MASA KUTIPAN SET KOTOR
MASA PENGAMBILAN SET BERSIH
WAD PEDIATRIK
7.30 AM – 8.30 AM
8.00 AM – 9.00 AM
WAD MATERNITI
8.30 AM – 9.30 AM
9.00 AM – 10.00 AM
KLINIK PEDIATRIK
7.30 AM – 8.30 AM
8.00 AM – 9.00 AM
KLINIK MATERNITI
8.30 AM – 9.30 AM
9.00 AM – 10.00 AM
DEWAN BEDAH
7.30 AM – 8.30 AM 
2.00 PM - 3.00 PM
8.00 AM – 10.00 AM 
2.00 PM – 4.00 PM

PIAGAM PELANGGAN

      • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, jujur, ikhlas dan bersopan santun.
      • Bertanggungjawab ke atas semua peralatan yang dibekalkan kepada pelanggan yang telah menjalani proses pensterilan.
      • Bersedia setiap masa untuk memberi bekalan termasuk di masa darurat.
      • Membekalkan peralatan steril kepada pelanggan :
        • Tidak melebihi 30 minit untuk wad dan klinik.
        • Tidak melebihi 5 jam untuk dewan bedah selepas pesanan di terima.

    HUBUNGI KAMI

    Alamat :

    Hospital Tunku Azizah
    Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
    50300 Kuala Lumpur.

    No. Telefon :
    03-26003000

    E-mel :
    ukk.hta[at]moh.gov.my

    Media Sosial :

     pngwing.com 3  pngwing.com 2

    PAUTAN AGENSI

    Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
    Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
    Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas