TERAPI PERTUTURAN

PENGENALAN

Unit Terapi Pertuturan-Bahasa merupakan salah satu unit di bawah servis Sokongan Klinikal. Perkhidmatan di Unit Terapi Pertuturan-Bahasa dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau lebih dikenali sebagai terapis pertuturan-bahasa. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) merupakan profesional yang berkelayakan dalam membuat penilaian, diagnosis dan memberi intervensi kepada individu yang mempunyai kecelaruan bahasa, kecelaruan pertuturan, kecelaruan suara, masalah komunikasi, kecelaruan penelanan dan feeding.

LATAR BELAKANG

Perkhidmatan Unit Terapi Pertuturan-Bahasa di Hospital Tunku Azizah mula beroperasi sejak Februari 2019. Unit ini terletak di aras 2 di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan Rehabilitasi. Unit Terapi Pertuturan-Bahasa terdiri daripada 2 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) tetap dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Unit Terapi Pertuturan-Bahasa akan menyediakan perkhidmatan pertuturan-bahasa yang berkualiti kepada semua pesakit bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

MISI

1) Unit Terapi Pertuturan-Bahasa harus menyediakan perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa yang berkualiti secara           berterusan bagi pesakit luar dan pesakit dalam.

2) Semua pesakit harus diberikan perkhidmatan yang mesra dan dalam persekitaran yang kondusif dengan menawarkan terapi yang bersesuaian mengikut keperluan setiap pesakit.

3) Kerahsiaan setiap pesakit harus dijaga oleh kakitangan secara profesional.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

1) Bagi meningkatkan kualiti kehidupan individu yang mempunyai masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan masalah penelanan / feeding melalui intervensi awal, kaunseling dan program pendidikan.

2) Bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kecelaruan pertuturan, bahasa, komunikasi, suara dan kecelaruan            menelan / feeding.

Image

PERKHIDMATAN

Unit Terapi Pertuturan-Bahasa menawarkan perkhidmatan penilaian dan intervensi kepada pesakit kanak-kanak yang berumur 0-12 tahun yang mengalami masalah seperti berikut:

1) Kecelaruan bahasa

2) Kecelaruan pertuturan

3) Kecelaruan suara

4) Masalah komunikasi

5) Kecelaruan penelanan

6) Kecelaruan feeding

HARI
PAGI
PETANG
ISNIN - KHAMIS
8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM - 5.00 PM
JUMAAT
8.00 AM - 12.15 PM
2.45 PM - 5.00 PM

PIAGAM PELANGGAN

1. Kami beriltizam untuk menilai dan memberikan perkhidmatan terapi kepada pesakit yang mengalami kecelaruan bahasa, pertuturan, komunikasi, penelanan dan feeding.

2. Kami beriltizam untuk memberi perkhidmatan terapi yang cekap dalam persekitaran yang mesra dan kondusif.

3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan profesional, mesra, bertimbang rasa, hormat, jujur dan ikhlas serta bersopan  santun.

4. Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur rawatan terapi sebelum sesi terapi bermula.

5. Masa menunggu setiap pelanggan untuk menerima rawatan adalah dalam 15 minit selepas pendaftaran.

6. Sesi penilaian dan terapi bagi setiap pelanggan adalah 30 minit- 45 minit (bagi pelanggan yang mematuhi masa             temujanji).

7. Segala kerahsiaan pelanggan adalah terlindung.

HUBUNGI KAMI

Alamat :

Hospital Tunku Azizah
Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.

No. Telefon :
03-26003000

E-mel :
ukk.hta[at]moh.gov.my

Media Sosial :

 pngwing.com 3  pngwing.com 2

PAUTAN AGENSI

Hakcipta © 2025 Hospital Tunku Azizah. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
Paparan terbaik : Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas