UROLOGI
Pengenalan
Jabatan Urologi adalah sebahagian daripada Perkhidmatan Pembedahan Pediatrik di bawah Direktorat Wanita dan Kanak-Kanak. Kami menerima rujukan dalam hospital dan seluruh negara untuk kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke bawah yang mengalami masalah saluran kencing dan genital.
Masalah kongenital buah pinggang dan saluran kencing (CAKUT, congenital anomalies of the kidney and urinary tract) dialami oleh 4-100 pesakit untuk setiap 10,000 individu. CAKUT adalah antara sebab-sebab kanak-kanak mengalami penyakit buah pinggang kronik (chronic kidney disease).
Visi, Misi dan Objektif
Cabaran yang unik untuk Pediatrik Urologi ialah keperluan untuk membezakan kanak-kanak dengan risiko komplikasi jangka panjang yang memerlukan pembedahan, berbanding dengan kanak-kanak risiko rendah yang memerlukan pemerhatian.
VISI
• Mencegah penyakit buah pinggang peringkat akhir pada kanak-kanak • Membantu pesakit yang kurang upaya pundi kencing hidup dengan potensi penuh mereka
MISI
- Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keadaan urologi kanak-kanak untuk merapatkan jurang rawatan yang
sedia ada untuk pesakit tersebut - Untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dari disiplin lain, hospital daerah dan negeri untuk menyediakan peluang pendidikan, latihan dan penyelidikan untuk menambah baik penjagaan yang diberikan kepada kanak-kanak Malaysia dengan keadaan urologi kanak-kanak
Carta Organisasi
Perkhidmatan Urologi diberikan oleh Pakar Perunding Urologi yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang Pediatrik Urologi.
Dr Poongkodi Nagappan
Dr Susan Woo Yoke Yin
Dua orang Jururawat Masyarakat ditempatkan di klinik untuk membantu menyelaraskan perkhidmatan yang diberi kepada kanak-kanak
- Norasibi binti Mohd Ramle
- Lee Yan Nie
Perkhidmatan Urologi turut dibantu oleh Jururawat dari Wad 11D dan Wad 9C, perkhidmatan Pediatrik Nefrologi, pegawai perubatan yang menjalani latihan dalam bidang urologi, serta Pegawai Perubatan Urologi dari Institut Urologi dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur.
Pengurusan keadaan berikut adalah diterajui oleh perunding dan termasuk penilaian dan diagnosis awal, pengurusan pembedahan menggunakan teknik
rekonstruktif, laparoskopi, endourologi dan mikrosurgeri, penilaian urodinamik dan susulan jangka panjang
- Antenatal hydronephrosis - evaluation and prenatal counselling
- Pelvi-ureteric junction (PUJ) obstruction
- Kidney duplication anomalies such as duplex kidney and ectopic ureter
- Megaureter
- Ureterocele
- Kidney and bladder stone
- Urinary tract infection (UTI) evaluation
- Urinary incontinence evaluation
- Haematuria evaluation
- Vesico-ureteric reflux (VUR)
- Neurogenic bladder
- Voiding dysfunction
- Posterior urethral valves (PUV)
- Hydrocele
- Varicocele - utilisation of microsurgery
- Undescended testis
- Hypospadias
- Phimosis and other foreskin conditions such as megaprepuce, webbed foreskin
- Buried penis
- Circumcision revision
- Urachal anomalies
- Counselling on fertility potential in children with childhood urinary tract cancers and other genetic condition
- Peritoneal dialysis catheter insertion and revision
- Pre-renal transplantation evaluation of lower urinary tract
Kami juga menyediakan perkhidmatan penjagaan peralihan untuk kanak-kanak yang lebih tua dengan keadaan urologi yang kompleks seperti
- Bladder exstrophy
- Epispadias
- Cloacal exstrophy
- Cloacal anomaly
- Disorders of sexual differentiation (DSD)
Informasi Berkaitan
Kami menerima pesakit dengan surat rujukan dari fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia.