Syarat: | 1. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah berdaftar dengan CIDB [Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)] dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Pendaftaran Kontraktor Kategori Elektrik G2, Pengkhususan E04 (Pemasangan Voltan Rendah). (Berdaftar di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja). 2. Kontraktor-kontraktor yang berminat hendaklah mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Perakuan Kontraktor (PPK), salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera melalui email kepada sebutharga.cpphkl@hklmedicals.com pada atau sebelum 24 Februari 2025 (Isnin) sehingga jam 4.30 petang beserta dengan no. telefon penama syarikat. Kelewatan pihak syarikat mengemukakan salinan sijil-sijil seperti di atas selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diterima. 3. Dokumen sebut harga hanya akan dikeluarkan kepada penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Kontraktor Kerja (SKK)Taraf BUMIPUTERA dan Sijil Akuan Pendaftaran syarikat sahaja. 4. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. 5. Sebut harga ini akan ditutup pada 04 Mac 2025 (Selasa). Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Cawangan Pembangunan & Penswastaan, Hospital Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada hari tersebut. |