Syarat: | SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA 1.Kenderaan akan dijual tertakluk kepada harga simpanan. 2.Semua kenderaan adalah dijual / dihadiah / diserah sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis) 3.Kementerian / Jabatan / PTJ ini tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan yang telah dijual / dihadiah / diserah. 4.Petender / penyebut harga / pembida / pembeli / penerima hadiah dan serahan adalah dimaklumkan bahawa anggaran kos pembaikan kenderaan adalah seperti jadual di bawah. BIL NO PENDAFTARAN ANGGARAN KOS PEMBAIKAN 1. WSD 4634 RM17,000.00 2. WSD 4637 RM18,500.00 3. WPK 4973 RM21,000.00 4 WUR 5057 RM25,500.00 5.Semua perbelanjaan berkaitan pembelian / penerimaan kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut, duti import, cukai Kastam dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli / penerima sendiri. 6.Petender / penyebut harga / pembida berjaya / penerima hadiah dan serahan hendaklah menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Kenderaan seperti di Lampiran 13 dan 14 serta mematuhi syarat - syarat dalam Surat Aku Janji ini. Sekiranya melanggar mana-mana syarat Aku Janji ini, Kementerian / PTJ berhak untuk merampas kenderaan tersebut dan dilupuskan semula secara jualan sisa. Ini bagi meminimumkan risiko dan liabiliti kepada Kementerian / PTJ. 7.Pemohon hadiah / serahan hendaklah bersetuju bahawa pihaknya tidak akan membatalkan hasratnya untuk menerima kenderaan yang dimohon. 8.Petender / penyebut harga / pembida berjaya / penerima hadiah dan serahan bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut:- - Bagi ambulans: menanggalkan alat komunikasi GIRN, stretcher, lampu siren (beacon light) dan alat komponen lain yang masih berfungsi; atau - Bagi pacuan empat (4) roda: menanggalkan alat komunikasi GIRN, alat takal penarik (winch) dan alat komponen lain yang masih berfungsi; - Menanggalkan pelekat Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang masih berkuat kuasa; B)Memadamkan tulisan nama / logo kementerian / jabatan pada badan kenderaan sebelum membawa keluar kenderaan; C)Melaksanakan urusan berkaitan sekatan duti import dan cukai Kastam serta menanggung kos-kos yang terlibat bagi urusan tersebut adalah ditanggung oleh Petender / penyebut harga / pembida berjaya / penerima hadiah dan serahan; D)Bagi kaedah pelupusan secara jualan tender / sebut harga / lelong / hadiah / serahan: - Membaiki kenderaan hingga berada di tahap yang lulus pemeriksaan PUSPAKOM. Melapor kepada PTJ dari semasa ke semasa status kenderaan yang melibatkan lokasi penempatan, kerja-kerja pembaikan, pemeriksaan PUSPAKOM atau Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM); - Membawa kenderaan ke PUSPAKOM bagi menjalani pemeriksaan PUSPAKOM hingga kenderaan lulus pemeriksaan tersebut; - Menguruskan penukaran hak milik di JPJ / JLM. Penukaran hak milik hendaklah diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal berbuat demikian, Kementerian /Jabatan berhak untuk membatalkan pendaftaran kenderaan di JPJ/JLM; - Bagi kaedah pelupusan secara hadiah, kenderaan perlu ditukar hak milik atas nama persatuan / pertubuhan / institusi pendidikan / masjid / surau. E)Bagi kaedah pelupusan secara jualan sisa, hadiah atau serahan kepada institusi latihan atau muzium bagi kegunaan latihan atau pameran: - Menguruskan pembatalan pendaftaran kenderaan di JPJ / JLM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat kelulusan. F)Menanggung segala kos yang terlibat bagi perkara 5 a) hingga 5 e). 9.Bagi kenderaan yang dilupus secara jualan sisa: Pembeli hendaklah dimaklumkan bahawa kenderaan tidak boleh didaftarkan semula dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) / Jabatan Laut Malaysia (JLM) setelah pembatalan hak milik dilakukan dan kenderaan tidak boleh lagi dipandu di jalan raya / digunakan untuk apa - apa aktiviti di kawasan perairan negara. 10.Petender / penyebut harga / pembida adalah dikehendaki menyertakan deposit tender / sebut harga / lelong sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap kenderaan atau RM5,000.00 mengikut mana yang terendah.Deposit hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank sahaja atas nama PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR (dilengkapkan oleh PTJ). 11.Tawaran tanpa / kurang deposit tender / sebut harga / lelong tidak akan dipertimbangkan. 12.Petender / penyebut harga / pembida boleh mengemukakan sebarang nilai tawaran hingga 70% daripada harga simpanan. Walau bagaimanapun pemilihan penyebut harga yang berjaya adalah tertakluk kepada nilai tawaran yang tertinggi dan kelulusan Lembaga Perolehan / Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan. 13.Petender / penyebut harga / pembida yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh kepada Unit Hasil PTJ dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran adalah terbatal dan wang deposit tidak akan dikembalikan. 14.Petender / penyebut harga / pembida yang berjaya hendaklah mengambil kenderaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal berbuat demikian, bayaran dan deposit tidak akan dikembalikan dan Kementerian / Jabatan / PTJ berhak untuk membatalkan tawaran dan merampas kenderaan tersebut untuk dilupuskan secara jualan sisa. 15.Dipelawa hanya kepada syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang Membeli Barang Lusuh sahaja (Perlu Permit). Individu / orang perseorangan tidak dibenarkan menyertai pelawaan sebut harga ini. *Nota : Syarat - syarat sebutharga boleh dipinda mengikut keperluan Kementerian / Jabatan. |