Syarat: | 1. Tawaran tender ini adalah terbuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang 221510 – Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Tempat Letak Kereta serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam pengurusan tempat letak kereta. 2. Jika tempoh pendaftaran telah tamat ataupun hampir tamat, petender hendaklah mengemukakan salinan surat daripada MOF yang menyatakan permohonan untuk pelanjutan telah dibuat. 3. Tender ini dipelawa kepada syarikat yang mahir dan berpengalaman untuk menyewa serta menjalankan perkhidmatan dan pengurusan tempat letak kereta di Blok Parkir Bertingkat serta Kawalan Lalu Lintas dan Parkir Terbuka Klinik Ortopedik Wisma Kayu ,HKL bagi tempoh tiga (3) tahun yang dijangka mulai bulan Julai 2025 4. Dokumen tender ini boleh diperolehi di Kaunter Cawangan Pembangunan & Penswastaan, Aras 3, Blok Pentadbiran & Kewangan, Hospital Kuala Lumpur mulai 14 April 2025 (Isnin) - Sesi Taklimat berlangsung pada 16 April 2025 (10.00 pagi) 5. Dokumen tender berharga RM50.00 senaskhah bagi Blok Parkir Bertingkat Serta Kawalan Lalu Lintas dan Parkir Terbuka Klinik Ortopedik Wisma Kayu HKL serta pembayaran hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Wang Pos atas nama Pengarah Hospital Kuala Lumpur. 6. Sila pastikan tempoh sah laku Bank Draf atau Wang Pos adalah lebih dari tiga bulan dari tempoh penyerahan. 7. Sila bawa bersama Cop Syarikat dan Sijil Kewangan Yang Asal atau Salinan Sijil Yang Disahkan semasa membuat pembelian dokumen tender.Sesi Taklimat & Lawatan Tapak : 16 April 2025 (RABU) 10.00 pagi bertempat di Bilik Seminar Jabatan ORL, Aras 1, Bangunan Pentadbiran & Kewangan, HKL |